Bunny World's

Bunny World's

Sunday, 24 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 6

Chapter 6


            “Luhan gege..~” Lay menyapa Luhan yang sedang mengelamun di tingkap studio. “Aku rasa aku patut beritahu Luhan tentang Soo Yin” bisik hati Lay.
            “Hmm.. Apa dia..? Macam penting je.” Luhan beralih mengadap Lay.
            “Sebenarnya.. aaa.. Sebenarnya..” seperti ada benda yang menyekat suara Lay keluar dari mulutnya. “Lulu hyung..!” jerit Sehun memanggil untuk berlatih tarian baru.
            Lay mengeluh dan sedikit hampa.
            “Kau tahu apa yang berlaku pagi tadi?” kata Xiumin beria. Baek, D.O, Tao dan Kris membuka telinga sambil mendengar cerita Xiumin.
            “Aku punya baju boleh tertukar dengan Suho dan barang keperluan Chen ada di bilik Luhan dan Lay.” terang Xiumin dengan penuh bersemangat.
            “Tak kan la si Yin tu yang buat?” teka Baek sambil mengerutkan dahinya.
            “Kemungkinan dia yang buat, tak kan la kita yang nak buat pula kan.” bentak Kris sambil menghelakan nafas.
            “Kris ge..! Kita takde bukti nak tuduh macam tu je.” Tao memberi sedikit amaran. “Kalau Luhan gege dengar, mesti dia akan sedih.” tambah Tao lagi. Xiumin dan Baek mengangguk tanda setuju dengan pendapat Tao.
            “Alaahh..~ Tak kan sebab Luhan tu abang dia, dia boleh buat suka-suka..!” suara Kris sedikit keras.
            “Cukup..! Jangan asyik nak menghukum Yin. Dia bukan tahu apa-apa.” marah Lay yang tidak sengaja mendengar perbualan di antara mereka.
            “Kenapa dengan Lay tu? Marah betul.” kata Baek yang agak terkejut kerana selama ini tak pernah lagi dia lihat Lay marah sebegitu.
            “~Dia tak tahu apa-apa.~” Tao berfikir kembali saat dia bersamaku, apa maksud Lay dengan dia tak tahu apa-apa? detik hati Tao. Hatinya semakin kuat untuk ingin tahu.
           “Luhan gege ada masa tak? Boleh luangkan masa dengan aku petang ni di taman dekat dengan perumahan.” tanya Lay.
            “Ehmm, boleh kot tapi kenapa?” persoalan Luhan tidak dijawab sebaliknya Luhan ditinggalkan begitu. Luhan bingung dengan kelakuan Lay semenjak dua menjak ni.
            Setelah habis latihan di studio, Luhan segera menyalin pakaiannya.
            “Lulu hyung nak ke mana? Kelam kabut je nampak.” tanya Sehun yang sedang duduk di kerusi sambil minum bubble tea kegemarannya.
            “Owh, aku ada hal nak kena jumpa dengan Lay.” Luhan tergesa-gesa mengikat tali kasut.
            “Lay? Kena.. eh,eh.. Lulu hyung..!!” belum sempat Sehun nak bertanya Luhan dah lari meninggalkan studio tersebut.
            “Rasanya ada benda mustahak yang Lay hyung nak bagitahu Lulu hyung.” Sehun mula mengesyaki sesuatu. “Lebih baik aku ikut Lulu hyung sekarang.” hati Sehun mula bertindak.
            Sehun berlari keluar dan mula mencari Luhan di luar. “Nampaknya aku belum lagi terlambat.” detak hati Sehun apabila ternampak kelibat Luhan yang sedang menunggu teksi.
            “Tunggulah, kebenaran pasti terbongkar.” Sehun tersenyum sendirian.


                             


Haesi Park, Seoul
            Tiba sahaja Sehun di Taman Haesi, dia segera mencari kelibat kedua hyungnya itu.
            “Mana la Lulu hyung ni pergi?” kata Sehun sendirian. Dia berjalan mengelilingi taman itu dan akhirnya dia ternampak Lay yang duduk bersendirian.
            “Eh, itu kan Lay hyung?” dalam masa yang sama mata Sehun terus memandang ke arah tubuh yang sedang berlari ke arah Lay. Sehun terus bergerak ke arah pokok bunga dan bersembunyi di sebaliknya.
            “Sebenarnya aku kenal dengan adik gege tu. Aku dah kenal selama setahun.” Lay memulakan bicara sambil mengamati keindahan taman.
            “Maksud kau Soo Yin? Dan macam mana kau kenal dia? Dan kenapa aku tidak tahu pasal ni?” tanya Luhan bertubi-tubi. Dia masih keliru apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang Lay cuba katakan.
Flashback…
            “Apa yang menyebabkan cucu saya jadi begini?” tanya yeye pada Dr. Xang dengan penuh kerisauan.
            “Saya harap tuan dan puan dapat menerima dengan tabah, yang sebenarnya cucu tuan dan puan mengalami gangguan saraf pada otaknya yang akan mengakibatkan dia kehilangan segala memori sedikit demi sedikit. Apa yang saya boleh katakan di sini, kes begini jarang berlaku dan sememangnya tiada ubat buat masa ini. Mungkin ia boleh bawa maut tapi saya tidak jamin berapa lama.” jelas Dr. Xang dengan panjang lebar.
            “Tiada jalan lain ke doktor? Takkan sampai macam tu sekali? Yinyin tak patut jadi begini.” ujar nainai sambil mengalirkan air mata.
            “Tuan, boleh saya tahu sesuatu?” tanya Dr. Xang mencari kepastian.
            “Silakan.” balas yeye.
            “Apa yang berlaku ke atas Soo Yin semasa silamnya?” dengan serius Dr. Xang bertanya.
            “Ibu bapanya mengalami nahas kemalangan pada 10 tahun dahulu. Selepas pada itu, dia berubah menjadi budak yang pendiam dan jarang berkata jika dia ditanya.” jelas yeye dengan sebak.
            “Dr. Xang adalah ayahku, dia yang telah merawat Yin ketika dahulu sebelum ayahku ditukarkan ke London.” kata-kata Lay terhenti seketika bila dia melihat Luhan diam membatu sambil pipinya dibasahi air mata.
            “Kenapa yeye dan nainai tak bagitahu aku?” geram hati Luhan.
            Seperti dapat dibaca dari memek muka Luhan, Lay cuba memeluk bahu Luhan sambil mengusap perlahan badannya. “Jangan salahkan mereka. Mereka cuma tak mahu gege susah hati dan risau tentang adik gege tu.” pujuk Lay.
            “Aku sangat sayangkan Yin kerana dialah satu-satunya yang aku ada selepas baba dan mama pergi.” Luhan tidak dapat menahan kesebakannya.
            “Aku tahu Lulu gege, tapi kau perlu tabah. Semua ini suratan takdir. Yin amat memerlukan kita sekarang.” Lay memberi kata semangat pada Luhan.
            “Rupanya Lay hyung adalah anak doktor dan Yin SAKIT..!!” detik hati kecil Sehun.


Bersambung... xB

No comments:

Post a Comment