Bunny World's

Bunny World's

Sunday, 24 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 6

Chapter 6


            “Luhan gege..~” Lay menyapa Luhan yang sedang mengelamun di tingkap studio. “Aku rasa aku patut beritahu Luhan tentang Soo Yin” bisik hati Lay.
            “Hmm.. Apa dia..? Macam penting je.” Luhan beralih mengadap Lay.
            “Sebenarnya.. aaa.. Sebenarnya..” seperti ada benda yang menyekat suara Lay keluar dari mulutnya. “Lulu hyung..!” jerit Sehun memanggil untuk berlatih tarian baru.
            Lay mengeluh dan sedikit hampa.
            “Kau tahu apa yang berlaku pagi tadi?” kata Xiumin beria. Baek, D.O, Tao dan Kris membuka telinga sambil mendengar cerita Xiumin.
            “Aku punya baju boleh tertukar dengan Suho dan barang keperluan Chen ada di bilik Luhan dan Lay.” terang Xiumin dengan penuh bersemangat.
            “Tak kan la si Yin tu yang buat?” teka Baek sambil mengerutkan dahinya.
            “Kemungkinan dia yang buat, tak kan la kita yang nak buat pula kan.” bentak Kris sambil menghelakan nafas.
            “Kris ge..! Kita takde bukti nak tuduh macam tu je.” Tao memberi sedikit amaran. “Kalau Luhan gege dengar, mesti dia akan sedih.” tambah Tao lagi. Xiumin dan Baek mengangguk tanda setuju dengan pendapat Tao.
            “Alaahh..~ Tak kan sebab Luhan tu abang dia, dia boleh buat suka-suka..!” suara Kris sedikit keras.
            “Cukup..! Jangan asyik nak menghukum Yin. Dia bukan tahu apa-apa.” marah Lay yang tidak sengaja mendengar perbualan di antara mereka.
            “Kenapa dengan Lay tu? Marah betul.” kata Baek yang agak terkejut kerana selama ini tak pernah lagi dia lihat Lay marah sebegitu.
            “~Dia tak tahu apa-apa.~” Tao berfikir kembali saat dia bersamaku, apa maksud Lay dengan dia tak tahu apa-apa? detik hati Tao. Hatinya semakin kuat untuk ingin tahu.
           “Luhan gege ada masa tak? Boleh luangkan masa dengan aku petang ni di taman dekat dengan perumahan.” tanya Lay.
            “Ehmm, boleh kot tapi kenapa?” persoalan Luhan tidak dijawab sebaliknya Luhan ditinggalkan begitu. Luhan bingung dengan kelakuan Lay semenjak dua menjak ni.
            Setelah habis latihan di studio, Luhan segera menyalin pakaiannya.
            “Lulu hyung nak ke mana? Kelam kabut je nampak.” tanya Sehun yang sedang duduk di kerusi sambil minum bubble tea kegemarannya.
            “Owh, aku ada hal nak kena jumpa dengan Lay.” Luhan tergesa-gesa mengikat tali kasut.
            “Lay? Kena.. eh,eh.. Lulu hyung..!!” belum sempat Sehun nak bertanya Luhan dah lari meninggalkan studio tersebut.
            “Rasanya ada benda mustahak yang Lay hyung nak bagitahu Lulu hyung.” Sehun mula mengesyaki sesuatu. “Lebih baik aku ikut Lulu hyung sekarang.” hati Sehun mula bertindak.
            Sehun berlari keluar dan mula mencari Luhan di luar. “Nampaknya aku belum lagi terlambat.” detak hati Sehun apabila ternampak kelibat Luhan yang sedang menunggu teksi.
            “Tunggulah, kebenaran pasti terbongkar.” Sehun tersenyum sendirian.


                             


Haesi Park, Seoul
            Tiba sahaja Sehun di Taman Haesi, dia segera mencari kelibat kedua hyungnya itu.
            “Mana la Lulu hyung ni pergi?” kata Sehun sendirian. Dia berjalan mengelilingi taman itu dan akhirnya dia ternampak Lay yang duduk bersendirian.
            “Eh, itu kan Lay hyung?” dalam masa yang sama mata Sehun terus memandang ke arah tubuh yang sedang berlari ke arah Lay. Sehun terus bergerak ke arah pokok bunga dan bersembunyi di sebaliknya.
            “Sebenarnya aku kenal dengan adik gege tu. Aku dah kenal selama setahun.” Lay memulakan bicara sambil mengamati keindahan taman.
            “Maksud kau Soo Yin? Dan macam mana kau kenal dia? Dan kenapa aku tidak tahu pasal ni?” tanya Luhan bertubi-tubi. Dia masih keliru apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang Lay cuba katakan.
Flashback…
            “Apa yang menyebabkan cucu saya jadi begini?” tanya yeye pada Dr. Xang dengan penuh kerisauan.
            “Saya harap tuan dan puan dapat menerima dengan tabah, yang sebenarnya cucu tuan dan puan mengalami gangguan saraf pada otaknya yang akan mengakibatkan dia kehilangan segala memori sedikit demi sedikit. Apa yang saya boleh katakan di sini, kes begini jarang berlaku dan sememangnya tiada ubat buat masa ini. Mungkin ia boleh bawa maut tapi saya tidak jamin berapa lama.” jelas Dr. Xang dengan panjang lebar.
            “Tiada jalan lain ke doktor? Takkan sampai macam tu sekali? Yinyin tak patut jadi begini.” ujar nainai sambil mengalirkan air mata.
            “Tuan, boleh saya tahu sesuatu?” tanya Dr. Xang mencari kepastian.
            “Silakan.” balas yeye.
            “Apa yang berlaku ke atas Soo Yin semasa silamnya?” dengan serius Dr. Xang bertanya.
            “Ibu bapanya mengalami nahas kemalangan pada 10 tahun dahulu. Selepas pada itu, dia berubah menjadi budak yang pendiam dan jarang berkata jika dia ditanya.” jelas yeye dengan sebak.
            “Dr. Xang adalah ayahku, dia yang telah merawat Yin ketika dahulu sebelum ayahku ditukarkan ke London.” kata-kata Lay terhenti seketika bila dia melihat Luhan diam membatu sambil pipinya dibasahi air mata.
            “Kenapa yeye dan nainai tak bagitahu aku?” geram hati Luhan.
            Seperti dapat dibaca dari memek muka Luhan, Lay cuba memeluk bahu Luhan sambil mengusap perlahan badannya. “Jangan salahkan mereka. Mereka cuma tak mahu gege susah hati dan risau tentang adik gege tu.” pujuk Lay.
            “Aku sangat sayangkan Yin kerana dialah satu-satunya yang aku ada selepas baba dan mama pergi.” Luhan tidak dapat menahan kesebakannya.
            “Aku tahu Lulu gege, tapi kau perlu tabah. Semua ini suratan takdir. Yin amat memerlukan kita sekarang.” Lay memberi kata semangat pada Luhan.
            “Rupanya Lay hyung adalah anak doktor dan Yin SAKIT..!!” detik hati kecil Sehun.


Bersambung... xB

Wednesday, 20 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 5

Chapter 5


Rest Room, Exo’s Home
            Jam sudah menandakan pukul 9 malam. Semua sedang risau akan ku kerana dalam waktu begini aku masih tidak pulang. Ting.. tong… loceng rumah bergema dan Baek berlari membukakan pintu.
            “Oihh, manager datanglah dengan…” Baek kaku sebentar melihat aku berada dibelakang manager. “Yin..! Macam mana awak boleh..” ayat Baek dipotong. “Saya yang jumpa dia kat bus stop sorang diri. Alang-alang saya hantar sekali.” manager menjawab secara spontan.
            “Kami semua minta maaf kerana menyusahkan manager hyung.” kata Suho sambil semua menunduk maaf. “Takpelah, tanggungjawab saya juga untuk menjaga Soo Yin-ssi ni.” tambah manager. Aku dihantar ke bilik oleh Luhan. Lay hanya dapat memandang daripada jauh.
            “Aku dah kata budak perempuan tu akan bagi masalah.” bisik Kris pada Tao sambil mencebik. Mereka meluangkan masa dengan manager sambil berbincang tentang persembahan akan datang. Esok mereka akan membuat persembahan di Busan.
            “Baiklah saya rasa sampai sini sahaja, dah lewat ni saya kena pulang sekarang.” kata manager sambil berdiri membetulkan beg silangnya. Suho menghantar manager ke pintu. Sedang semua berehat di ruang tamu, Tao cuba pergi ke bilik tetamu.
            Pintu bilik di ketuk dan dikuak. Aku melihat kelibat yang sedang masuk ke bilik dan menuju ke arahku. “Owh.. Xiumin gege rupanya. Duduklah.” pelawaku. “Xiumin?” bisik hati Tao.
            “Maaf. Saya Tao la, bukan Xiumin gege.” jelas Tao keliru. Tao melabuhkan punggung di kerusi mengadap ke katil. “Yin boleh gege tanya sesuatu?” Tao memulakan perbualan.
            “Hmm.. tanyalah.. Apa dia?” aku mengemaskan kedudukan di katil sambil memeluk Mr. Hello (patung Smiley). “Yin dah rasa okay ke?” Tao memandang tepat ke mataku.
            “Sudah tentulah okay. Kenapa gege tanya macam ni?” aku berasa pelik dengan pertanyaan Tao itu. “Bukan apa, gege tak nak kamu fikirkan pasal D.O hyung marah kamu pagi tadi.” kerisauan Tao jelas sekali terpapar dimukanya. Tao sedaya upaya menceriakan aku.
            “Pasal pagi tadi? D.O? Takdelah, pagi tadikan Yin keluar jalan-jalan dekat bandar lepas tu… hmm, Yin tak pasti pula.” aku cuba beritahu sesuatu tapi tidak kesampaian. “Takkan semudah itu, dia lupakan.” berkerut dahi Tao memikirkan kata-kata ku tadi. Tao mula pelik dengan diriku.

XiuChen Room’s
            “Min gege..~ Kau tak rasa pelik ke dengan Yin tu?” tanya Chen sambil baringkan diri di katil.
            “Aku pun ada rasa pelik gak. Dia macam tak tahu dengan apa yang dia dah buat.” jawab Xiumin selamba. “Tapi takkan Luhan gege tak tahu adik dia macam mana?” tanya Chen lagi.
            “Mungkin memang perangai adik dia macam tu la kot. Kita mana la tahu.” Xiumin cuba berfikir positif. Dia tidak mahu serabutkan kepalanya dengan masalah orang lain.
            Mereka berbual dan terus berbual tentang semua yang terjadi. Masih ada yang belum tidur dan ada yang masih sibuk dengan rutin mereka sendiri. Malam berlalu dengan pelbagai karenah.


Marynade Hotel, Busan
            “Apa khabar semuanya? Hari ini kita akan berhibur bersama Exo..~” pengacara majlis memulakan bicara. Exo mula naik ke pentas dan mula menghiburkan penonton dengan nyanyian dan tarian yang memukau mata orang ramai.
            “Itu dia persembahan yang paling fantastik sekali.” kata pengacara sambil menepuk tangan.
            “Apa yang kita tahu mereka ini masih baru di dunia seni ini, boleh beri penjelasan?” pengacara mula bertanya pada ahli Exo.
            “Kami semua… bla..bla..bla..” Suho menjelaskan satu persatu kepada penonton.
            “Penatnya..~” keluh Baek.
            “Okay guys.. After this we meet with fans. Siap sedia untuk sesi signing and photographing.” arah manager.
            “Kau okay Baek?” tanya Chanyeol sambil memegang bahu Baek.
            “Aku okay je. Jom la.” Baek menjawab pertanyaan Chanyeol sambil mengaliskan kelopak matanya dengan celak lagi.
            Akhirnya jadual pada hari tamat awal, mereka semua keletihan dan masing-masing tidur semasa dalam perjalanan. Pelbagai gaya tidurnya ada yang mengigau dan ada yang siap melelehkan air liur. xDD Kris terjaga dan melihat terus ke arah jam tangannya.
            “Dah pukul 7 malam tapi kita tak sampai lagi?” kata hati Kris. Luhan disebelahnya mengeliat sambil menggosok mata. “Kita tak sampai lagi ke?” Luhan mengeluarkan I-Phone dan mula membuka kod kunci. “Eh , ada note yang tak dibacalah. Haah..~~~” Luhan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

9:00 p.m, Exo’s Home
            “Eh, kenapa gelap je rumah kita ni?” Chen menunjukkan jarinya ke arah banglo itu. Masing-masing kaku tanpa bicara.
            “Tak kan la si Yin tu duduk dalam gelap? Ke dia memang takde di rumah lagi.” sangkal D.O.
            “Lulu hyung, Yin ada bagitahu apa-apa tak tadi?” Suho bertanya pada Luhan. Masing-masing melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Terdapat ada cahaya di dapur, seperti ada seseorang disitu. Kai dan Sehun mula melangkah ke dapur diikuti yang lain. Setiba mereka di sana, aku mula melompat.
            “Surprise..!” aku mengejutkan mereka. Mereka terkejut sampai tidak bergerak seperti tugu di bandar Seoul. “Happy Birthday adikku Yin. Sorry, gege lupa nak wish.” ucap Luhan berbaur rasa bersalah.
            Mereka semua memandang ke arah Luhan. “Laa.. Hari jadi Yin rupanya. Awak yang masak semua ni?” tanya Kai. D.O mencuba daging salai yang betul berada di depannya.
            “Tak sangka Yin juga pandai memasak.” kata D.O dengan ikhlas sekilas dia terus duduk tanpa pedulikan yang lain. Melihat D.O yang sedang sedap menikmati makanan yang enak itu, mereka tidak lepaskan peluang untuk menikmatinya juga.
            “Terima kasih sebab sudi sambut hari jadi dengan Yin dan tak lupa juga pada Lulu gege yang menjaga Yin selama ini. Xie xie..~” kataku sambil bergenang air mata.
            “Hey, kami semua senang sangat bila bersama awak dan terima kasih kerana bersusah payah untuk buat ini semua.” kata Chanyeol sambil mencubit lembut pipiku. Setelah penat bersuka ria dan bergelak tawa, masing-masing merehatkan diri. 



Bersambung... xB

Sunday, 17 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 4

Chapter 4



Exo’s Home at Rooftop
            Bintang malam menerangi segenap ruang disekitar kawasan bumbung ini. Aku tak tahu kenapa nainai dan yeye tak telefon kembali. Aku lihat screen handphoneku dan aku slide setiap satu persatu nombor panggilan. Aku mula mendail… Tutt..tutt..tutt.. “Hello?” satu suara hinggap di talian.
            “Nainai..~ Kenapa nainai tak telefon Yin? Nainai dah janji nak telefon kembali.” kataku sambil menitiskan air mata.
            “Yin..~ Nainai dah… Takpelah, nainai tadi pergi ke rumah jiran sebab tu lupa telefon kamu.” jelas nainai walaupun yang sebenarnya nainai baru sahaja telefon beberapa jam yang lalu.
            Dalam keadaan gelap lagi sejuk yang tak terkata, ada kelibat seseorang yang sedang berjalan menuju ke arah aku.
            “Hey Yin..!” sapa seorang jejaka sambil menepuk bahuku lembut.
            “Hye.. ahh.. SEH..” belum sempat aku ingat namanya dia mencelah dahulu.
            “Saya Kai lah.. Kenapa duduk kat sini sorang-sorang nanti Luhan hyung cari susah tahu.” kata Kai sambil mengambil tempat disebelahku. Kedengaran suara Kai sangat lembut sekali.
            “Hari ni saya dah salah panggil nama Kris gege dengan Chanyeol oppa.” kataku sayu sambil menatap pemandangan malam itu.
            “Owh pasal tu tak payah lah nak fikirkan sangat. Lama-lama awak akan ingat mereka.” Kai cuba menenangkan hatiku sambil memberi senyuman yang menawan.
            Di satu sudut yang tidak jauh dari tempat kami duduk ada orang yang sedang perhatikan. Dia perhatikan setiap gerak-geriku.
            “Eh Lay hyung! Buat apa kat sini?” tanya Kai apabila kami ternampak dia disebalik pintu. Aku hanya tersenyum sambil lalu dihadapannya. “Yin tidur dulu ya Kai oppa.”
            “Aik, aku je. Dia tak nampak Lay hyung kat sini ke?” detak hati Kai sambil kembali ke bilik.

LayHan Room’s
            “Dia memang betul dah tak ingat aku walaupun sedikit. Yin~~ Saya tetap akan ingat semuanya.” lamunan Lay terhenti setelah Luhan masuk ke bilik.
            “Eh Lay, kau tak tidur lagi ke?”. Lay hanya mendiamkan diri sambil memandang ke siling.
            “Lulu gege..~ Yin sihat ke?” Luhan agak sedikit pelik dengan pertanyaan Lay tu. Luhan berdiri betul dekat dengan katil Lay.
            “Mungkin dia kepenatan.” jawab Luhan yang masih melihat Lay.
            “Betul ke Luhan gege tak tahu apa-apa?” soalan kedua terpacul daripada mulut Lay yang membuatkan Luhan bertambah pening.
            “Apa maksud kau?” Luhan bertanya.
            “Kenapa mereka ni? Aku semakin tak faham dengan mereka. Mula-mula Kris sekarang Lay.” Luhan menjadi runsing dengan mereka dan apa kaitan dengan Soo Yin. “Adakah Yin itu menyusahkan?”
            “Aku tak patut bagitahu hal ini sekarang. Mungkin Luhan gege tidak dapat menerimanya. Aku perlu cari masa yang sesuai.” Lay mengelamun hinggalah tertidur.





3rd day in Exo’s Home
            “Mana pinggan special aku..!!!~” hampir bergegar rumah dibuatnya. Pagi yang tenang telah dikucar-kacirkan dengan jeritan D.O yang sedang mencari pinggannya. Semua orang yang berada di dalam rumah terkejut dengan apa yang berlaku termasuklah aku.
            “Semalam siapa yang basuh pinggan?” tanya D.O dengan marahnya. Aku yang kebetulan baru ke dapur segera mengangkat tangan. “Saya yang basuh oppa.” Aku ketakutan bila melihat mata D.O yang sedang memandang tepat ke arahku.
            D.O yang pada mulanya hendak menengking aku segera ditahan oleh Xiumin dan Chen. “Itulah satu-satunya pinggan yang omma aku bagi.. Ke kau dah pecahkan?” jerit D.O seperti dirasuk hantu.
            “Apa yang dah terjadi?” tanya Suho sambil memandangku yang sedang diam membatu macam patung. Tiba-tiba tanganku digenggam oleh Chanyeol, “Kalau ye pun tak payah marah disebabkan sebuah pinggan, masih boleh bertanya dengan baik bukan menengking.” bidas Chanyeol dengan keras pada D.O.
            “Yin tak apa-apa kan?” Luhan segera mendapatkanku sambil memeluk erat. Air mataku membasahi dada Luhan. Setelah perkara pagi itu terjadi, mereka semua bergerak ke SM Entertainment seperti biasa kerana mereka perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mereka cuba menyibukkan diri dan melupakan perkara yang berlaku pagi tadi.

Gwanjee Café, Seoul
            Satu bunyi kedengaran di telinga tanda ada mesej dan Luhan memeriksa inbox.

                        Soo Yin 011-XXXXXXXXX
                        Yin tau Lulu gege tgh busy, Yin nak keluar kejap.
                        Nnt Yin balik segera. pai pai.. <3

             “Nak ke mana pula si Yin ni?” Luhan rasa tidak sedap hati. Sehun mendekati Luhan, “oit, apasal ni? Teringat pasal pagi tadi ke? Alah, D.O hyung tu nanti okay la.”
            “Bukanlah.. Yin nak keluar tapi aku tak pasti ke mana. Katanya hanya sekejap.” luah Luhan.
            “Owh, Yin ke? Dia kan dah besar pandai-pandai la nanti dia balik.” Sehun cuba menenangkan Luhan yang kebingungan sambil meneguk bubble tea kegemarannya.
            Aku mula berjalan dan menaiki bas untuk ke Seoul Tower. Aku melihat keindahan dan kesibukan di bandar ini tidaklah seperti di China. Di China, kalau boleh berjalan itu dah paling untung sekali. Asyik sibuk berjalan ke sana ke mari, masa pun berjalan dan dah tiba waktu petang.
            “Laparlah pula. Singgah kat sini dululah.”
            Waktu sudah pun malam dan aku masih diluar. “Macam mana nak balik ni? Aku tinggal kat mana eh? -_-‘ Sedang aku menunggu di bus stop, ada sebuah kereta berhenti tepat di hadapanku.
            “Eh..?? Soo Yin-ssi..” jejaka itu mengenali aku dan aku macam pernah lihat dia.
            “Ye saya.. d..dan bagaimana awak tahu nama saya?” kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal ni.
            “Saya manager Exo, Bang Woo Jin. Hmm.. awak mesti nak balik rumahkan, marilah saya hantar.” kata manager itu sambil tersenyum.



Bersambung... xB





Wednesday, 13 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 3

Chapter 3

Saturday in Exo’s Home
            “Good morning..!” Kai dan Xiumin menjerit serentak.
            “Ni hao..~” ucap Lay sementara Kris dan Tao terus mengambil tempat di depan meja.
            “Hari ini menu kita special sikit sebab D.O telah dibantu oleh Baek seperti biasa dan Soo Yin.” kata Chanyeol dengan riang.
Flashback…
            Aku telah berusaha keras hingga aku berjaya mendapatkan tawaran sambung belajar di Seoul, Korea. Oleh kerana pendaftaran akan dibuat dua minggu daripada sekarang, aku bercadang ingin tinggal bersama Luhan buat sementara waktu.
            “Hello, may I speak with Mr. Bang Woo Jin?” tanyaku dengan teragak-agak.
            Aku dibenarkan tinggal di banglo Exo kerana alasanku ingin membuat kerja sambilan sementara menunggu hari pendaftaran. Dengan kekuasaanku yang pandai memujuk dan merayu, akhirnya aku diterima untuk tinggal di banglo itu.

            “Hye, saya Soo Yin.. Harap semua dapat membantu.” sapa aku sambil membuat ‘peace sign’. ^o^
            Luhan yang terkejut tersedak lalu tersembur sehingga basah bajunya. “M..m..macam mana Yin boleh sampai sini?” Luhan tergagap sebentar.
            Akibat tetamu yang tak diundang itu, ada yang hampir tercekik ada yang tergamam dan ada yang hampir hilang jantung.
            “I’m sorry, sebab tak bagitahu awal-awal tentang ni. Tapi Yin janji tak akan susahkan gege semua.” aku terus menunduk memohon maaf atas kesulitan yang aku lakukan.
            D.O memeluk bahuku sambil berkata, “Takpelah, bukan salah Yin pun. Kami semua yang tak bersedia sejak pagi.” Chen menarikkan kerusi untuk aku duduk sementara mataku terpaku dengan wajah yang pernah aku jumpai.
            “Soo Yin nak makan apa..?” Baek bertanya padaku sambil mengambil roti bakar. Manakala Sehun cuba menuangkan air pada cawanku. Tao memberikan senyuman manis sambil menghulurkan jem padaku. Xiumin dan Luhan hanya melihat gelagat mereka melayanku. Suho, Kris, Chanyeol dan Kai masing-masing khusyuk menjamah sarapan mereka. Aku menjadi malu dan serba salah dengan layanan mereka. Mereka sangat baik padaku. Tapi…..

            Mereka tahu sebab kehadiranku dan aku sangat gembira bersama mereka. Harapanku agar yeye dan nainai tidak risaukan keadaanku selagi aku bersama abangku Luhan.
            “Yin..~ Boleh gege tanya sesuatu?” tanya Luhan sambil mengambil tempat disebelahku.
            “Ehmm.. Boleh,Lulu ge nak tanya apa?” tanyaku kembali sambil menyikat rambut.
            “Yin selesa tinggal di rumah ni.. Maksud gege dengan mereka semua.” Luhan seperti serba salah ingin mengizinkan aku tinggal di banglo ini.
            “Tentulah.. Mereka semua baik dengan Yin, lagipun Lulu ge kan ada.” jelasku dengan penuh semangat. “Lulu ge jangan risaulah. Yin akan jaga diri yin.” tambahku lagi sambil mencubit lembut pipi Luhan.



Seoul Shopping Complex
            “Sweetie, nak ikut gege pergi shopping tak?” tanya Tao padaku sambil tersenyum.
            “Nak..!” ujarku sambil tersenyum lebar. “Hmm, kita nak pergi dengan siapa lagi? Lulu gege ikut ke?” sambungku sambil mebetulkan klip riben di kepala.
            “Tentulah, gege dah bagitahu Luhan gege dan yang akan turut juga Baek, Chanyeol, Kris dan Sehun.” jelas Tao.
            Kami pergi ke sebuah pusat beli belah yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul. Aku dan Luhan berjalan bersama sementara mereka sibuk keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai.
            “Lulu ge, laparlah~ Nak makan kuih mochi boleh?” pintaku seperti budak kecil.
            “Owh, Yin lapar eh.. Jap kita kena panggil mereka dulu.” kata Luhan sambil menarik tanganku.
            “Ehmm.. Boleh Yin tahu kalau di Korea selalunya adik perempuan akan panggil abang dengan panggilan apa?” tanyaku sambil menyuap kuih mochi ke dalam mulutku. Hmmm.. Sedap sungguh mochi di restoran ini. ^u^
            “Mereka akan memanggil dengan panggilan ‘oppa’.” jelas Baek dengan segera. Aku mula mengerti maksud itu, maklumlah aku orang cina dan perlu banyak belajar bahasa asing ini.
            “Boleh tolong hulurkan tak mochi chocolate tu, Chanyeol oppa..?” aku meminta kuih mochi daripada… alamak..!!
            “Maaf, ini Kris la.. Nah mochi yang kamu minta.” Kris jawab dengan selambanya.
            “Ahh, mungkin Yin masih sukar untuk ingat nama kami.” Chanyeol cuba mencelah dengan tenang. Mereka semua berpandangan termasuklah Luhan.
            “I’m so sorry..~” aku hanya mampu menunduk sambil meminta maaf.
            “Takpelah Yin.. Awakkan baru lagi kat sini. Gege faham.” kata Luhan sambil memujukku. Tao mengiakan apa yang dikatakan oleh Luhan.
            “Sweetie, nah ada lagi mochi yang tinggal.. Habiskanlah.” pujuk Tao sambil menyuapkan mocha ke mulutku.
            “Hey Tao, sejak bila kau mesra dengan budak perempuan tu, siap bersweetie lagi.” tanya Kris dengan nada sedikit keras. Aku, Luhan dan Sehun jalan bersama manakala Baek dan Chanyeol pergi ke kedai baju.
            “Alah gege ni..~ Soo Yin tu memang comel lah, tak salah kalau nak panggil dengan panggilan macam tu.” Tao cuba bagi penjelasan.
            “Aku boleh dapat rasakan budak tu akan bawa masalah pada kita.” sangkal Kris.
            “Gege..! Tak baik cakap macam tu nanti kalau Luhan gege dengar macam mana?” bidas Tao. Dalam masa yang sama, Luhan sebenarnya dengar akan perbualan mereka berdua tadi.
            “Apa sebenar yang bermain di minda Kris? Kenapa dia kata Yin akan menyusahkan kami?” hati Luhan resah memikirkan apa yang didengarinya tadi.
                                                                                                                            
                                                                                                                       Bersambung... xB

Thursday, 7 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 2



Chapter 2

Xi’s Bungalow, Lavyna Town
            “Yinyin, kamu tak apa-apa ke? Kenapa kamu tak nak makan dan asyik termenung saja.” tanya nainai pada ku.
            “Saya tak apa-apa la nainai.” jelas ku sambil menghelakan nafas.
            Nainai dan yeye selalu risaukan keadaan aku. Aku rasa aku seperti biasa, seperti Soo Yin yang dulu. Aku sedaya upaya hilangkan kesedihan yang pernah aku alami dulu. Aku menjalani kehidupan dengan baik sekali.
            “Luhan gege..~ Bila ge nak balik ni? Yin rindu dengan gege.” rintih hatiku sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap, memerhatikan taman tempat aku dan Luhan bermain.

SM Entertainment Studio
            “Baiklah, sampai sini saja latihan buat hari ini. Kita jumpa lagi esok.” kata pengajar sambil memberi arahan kepada ahli Exo. Mereka dengan gembiranya berehat di hujung bilik kerana keletihan sementara menunggu van untuk pulang ke rumah.
           
            “Hey guys..! Saya ada berita untuk kamu semua.” sapa manager dengan gembiranya.
            “Betul ke? Apa dia?” tanya mereka bersama.
           
            “Minggu depan kamu semua di pinta untuk membuat persembahan di satu majlis amal di Bandar Lavyna. Jadi jadual kamu akan padat mulai esok. Selamat maju jaya. hehe..” jelas manager dengan lebih lanjut. Tao,Kai dan Sehun menyorak sambil bertepuk tangan. Baek, Chen dan Chanyeol menjerit kegembiraan. Manakala Luhan hanya mampu ternganga sambil termenung mengingati kata-kata manager sebentar tadi.
            “Hey Lulu.. Ada masalah ke dengan berita tadi?” tanya Kris menghentikan lamunan Luhan. Luhan yang terkejut dengan sapaan itu terus bangun dan beredar dari bilik studio tanpa sebarang kata. Suho, Xiumin dan D.O hanya melihat Luhan pergi.
            “Kenapa dengan Luhan hyung tu? Suho mula curiga seperti ada sesuatu yang tak kena selepas manager bagitahu tentang Bandar Lavyna. Kris hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
            Bahu Luhan ditepuk dari belakang tanpa dia sedari rupanya Lay yang menyapanya. “Boleh aku duduk, gege?” belum sempat Luhan berkata Lay sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Luhan.
            “Aku tengok gege macam surprise je dengan berita manager tadi, kenapa ya?” tanya Lay sambil memandang muka Luhan yang sedang mengerut.
            “Eh, tak ada apa-apa la. Aku rasa tak sedap badan je.” dalih Luhan.
            “Betul ke? Takpe la kalau kau cakap macam tu.” Lay cuba menenangkan diri sambil mencari tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh Luhan.
            “Bandar Lavyna tu bandar yang paling cantik dan aku rindu dengan mereka.” Luhan sempat berkata sebelum dia pergi meninggalkan Lay dalam keadaan terpinga-pinga.
            “Apa yang ada dalam fikiran Luhan sebenarnya dan apa kaitan dia dengan Bandar Lavyna?” detik hati Lay semakin kuat untuk mengetahuinya. Setahunya, Luhan anak kelahiran Beijing.


Welfare Homes, Lavyna Town
            “Yah, itu dia persembahan daripada kumpulan Exo. Berikan tepukan pada mereka.” ucap pengacara majlis tersebut. Sorakan dan tepukan diberikan dengan begitu semangat. Exo merasa lega dan gembira dengan kegembiraan mereka.
            “Lepas ni kita akan pulang ke Korea semula dan kamu semua akan ada satu wawancara.” kata manager sambil tergesa-gesa untuk berjumpa dengan pengarah rumah kebajikan.
            Luhan berlari anak menuju ke arah manager. “Ehh, hyung-ah.. Kita ada masa lagi tak lepas ni..? Kalau boleh, saya nak ajak ahli Exo dan hyung berehat sebentar di rumah keluarga saya di bukit Bandar Lavyna ni.” jelas Luhan tentang hasratnya itu.
            “Wahhh..!! Besarnya rumah ni…~ *O* Kai, Sehun dan Tao berlari ke sana ke mari melihat persekitaran rumah yang megah berdiri di bukit ini.
            “Ini rumah kau Luhan? tanya manager sambil melihat ke arahnya.
            “Bukanlah.. Ini rumah datuk saya dan….” belum sempat Luhan menghabiskan ayat, seorang gadis melompat di belakangnya.
            “Lulu gege..!! Yin rindukan gege..~” kata aku sambil memeluk abangku yang lama tidak bersua. Tanpa disedari air mataku mengalir dengan deras sekali.
            Baek menyinggung lengan Chen sambil memberi isyarat bertanya. Chen hanya mampu membuat memek muka seperti tidak tahu siapa gerangan gadis itu.
            “Ohh, kamu semua ini kawannya Luhan ye.? Baguslah, cucuku dah berjaya.” kata yeye kepada mereka yang sedang menikmati kuih yang dibuat oleh ku.
            “Maafkan kami haraboji, kami semua memang tak boleh singgah lama sebab masih ada tugasan yang perlu dilakukan selepas pulang ke Korea.” Suho memotong ayat yeye secara sopan tanda mereka ingin pergi.
            “Betul tu haraboji, haraboji tidak perlu risau saya dan Suho sebagai ketua akan menjaga mereka semua. Restukan kami.. ~” ^..^ Kris menambah selanjutnya.
            Dalam masa yang sama, Luhan sedang duduk bersama aku di taman yang selalu kami luangkan masa. Aku rasa seperti mimpi dan tak mahu bangun daripada mimpi tersebut.
            “Yinyin jaga kesihatan tak masa gege tak ada kat sini?” Luhan cuba bertanya soalan yang sama walaupun dia sudah pun bertanya sebentar tadi. Aku memeluk Luhan dengan erat sekali seperti pasangan kekasih yang sedang bercinta.
            Aku tahu seperti ada yang sedang memerhatikan kami sejak dari mula aku berjumpa dengan Luhan. “Kenapa kawan-kawan gege macam…” aku rasa tak patut tanya sebegitu kepada Luhan memandangkan mereka adalah kawan Luhan.
            “Macam apa?” Luhan sempat bertanya tetapi ada satu suara memanggil Luhan.
            Setelah tiba di Korea, Exo diwawancara dengan beberapa selebriti lain di dalam rancangan ‘Stronger K-Pop Project’. Xiumin, Baek, Chanyeol serta beberapa ahli yang lain telah memberikan beberapa keistimewaan semasa wawancara dijalankan. 



                                                                                                                   Bersambung... xB


Tuesday, 5 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time..

Story from Bunny...

       Apa yang bunny fikirkan, itulah yang bunny tuliskan. Tapi tak pernah pula apa yang bunny tuliskan menjadi di fikiran.. Hahahaha xDD

       Bunny nak kongsi sesuatu, ia adalah 'karya' dari bunny selama bunny duduk kat rumah tanpa bekerja. Boleh dikatakan hobi sampingan sempena cuti. xP

       Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang mempunyai seorang abang iaitu salah seorang daripada ahli kumpulan Exo M yang juga merupakan vocalist dalam kumpulannya. Gadis itu mengalami simptom yang boleh membawa maut. Cerita selanjutnya silalah baca.. xB

Dibintangi;

Exo M & Exo K




~I LOST MY MIND
BUT STILL KNOW
WHAT IS LOVE~

Chapter 1

Lavyna Town 
            Suasana rumah agam yang berdiri megah di bukit Lavyna menjadi semakin sunyi tanpa suara kanak-kanak yang sentiasa bermain di halamannya. Hujung minggu bakal tiba, keluarga Xi akan pulang ke rumah agam di Bandar Lavyna.
           
            “Lulu ge, nanti kita akan balik rumah yeye kan hujung minggu ni..??”
            “Entah la, rasanya balik kot sebab gege dengar perbualan baba dan mama siang tadi yang mengatakan kalau baba tak outstation kita akan balik.” terang Luhan pada aku.

            Aku Xi SooYin yang lahir pada tanggal 1995, dibesarkan dalam keluarga yang harmoni dan mempunyai seorang abang yang bernama Xi LuHan. Pada hujung minggu baba selalu bawa kami pulang ke rumah yeye dan nainai di atas bukit yang terletak di Bandar Lavyna.

            “Soo Yin..!! Luhan..!! ke sini kejap.. Mama dan baba ada sedikit hal nak bagitahu.” teriak mama daripada ruang tamu.
            “Ye mama, kami datang.” jerit Luhan sambil menarik tangan aku dan berlari menuju ke ruang tamu.
            “Baba nak beritahu kemungkinan baba akan outstation minggu depan dan baba ingin membawa mama sekali.” kata baba dengan tenang. Mama hanya mendiamkan diri.
            Kami dihantar ke rumah yeye seperti biasa tetapi aku merasa seperti ada sesuatu bakal berlaku. Mungkin ia cuma perasaan aku. Baba dan mama akan terbang ke London pada waktu petang. Oleh kerana cuti sekolah, aku dan Luhan akan tinggal lebih lama di rumah yeye dan nainai.
            “Luhan, harap kamu bersabar dengan apa yang yeye nak katakan. Baba dan mama kamu dah tak ada lagi.” kata yeye dengan teragak-agak. Luhan terkejut lalu menangis.
            “Apa..??” aku menerjah masuk ke bilik yeye setelah mendengar perbualan itu. Aku tidak percaya sama sekali tentang kejadian itu. Aku terus berlari keluar meninggalkan rumah itu.
            “Yinyin..!! Nak ke mana tu..?” jerit nainai memanggil aku.
            “Tak pe nainai, saya akan cari Soo Yin.” kata Luhan cuba menenangkan nainai.
            “Semua salah aku..~ Aku tak patut fikir tentang keresahan hati aku pada hari itu.” Hati aku hanya menangis sehinggakan aku tidak tahu ke mana arah tujuan ku. Baba~~ Mama~~ kenapa tinggalkan kami begini. Mama dan baba dah tak sayangkan kami lagi ke? Arghhhhh..!!
            “Soo Yin..!! Soo Yin..!! Di mana kau..” Luhan memanggil nama ku sambil mencari disekeliling kawasan Bandar Lavyna. Tiba-tiba Luhan ternampak kelibat budak perempuan yang duduk sendirian di taman Lavyna. “Soo Yin..!! Kau pergi mana? Jangan buat macam ni lagi. Kamu akan menambahkan gege, yeye dan nainai risau tau.” marah Luhan.
            “Gege…!!” aku terus memeluk Luhan sambil menangis dengan kuatnya. Malam berlalu dengan pantasnya, keesokkan paginya jasad baba dan mama tiba di tanah perkuburan Bandar Lavyna untuk dikebumikan. Setelah semua itu berlaku, kehidupan aku serta merta bertukar. Aku dan Luhan semakin membesar manakala yeye dan nainai semakin meningkat usia.


Exo’s  Home
            “Hey Lulu gege..! Kau ada nampak baju aku yang tersangkut kat sini?” tanya Lay sambil mencari disebalik pintu. “Entah, tapi aku rasa Min gege ada masuk sini tadi sambil bawa bakul baju.” kata Luhan sambil bersiap.
            Luhan telah terpilih menjadi ahli Exo M (Chinese) semasa dia belajar di Korea. Kumpulan Exo adalah rookie yang terkenal di Korea, China mahupun di merata negara. Mereka di bawah naungan SM Entertaiment. Oleh kerana mereka ini masih baru, mereka ditempatkan di sebuah rumah banglo seramai 12 orang semuanya.
            “Selamat pagi semua..nya.. Cuma D.O, Baek dan Chanyeol je? Mana yang lain?” Luhan menanyakan setelah melihat cuma mereka saja yang berada di dapur.
            “Aishh, biasa la nama pun hujung minggu ada yang belum bangun, ada yang baru bersiap dan ada yang baru nak mandi.” jelas Baek sambil menolong D.O menyiapkan sarapan pagi.
            Tiba-tiba datang beberapa orang yang lain menyapa mereka di dapur. “Hye semua..!! Sedapnya bau sarapan pagi ni.” Kai cuba mengambil sekeping roti bakar yang terletak di depan Chanyeol. Chanyeol hanya melihat gelagat Kai. Secara tidak sengaja D.O menepuk tangan Kai sambil berkata “Tunggu semuanya ada, baru boleh makan.” -__- ‘ –pout- Sehun hanya ketawa sambil duduk diantara Luhan dan Baek.
            Exo terbahagi kepada 2 kumpulan Exo K dan Exo M. Antara ahli Exo K ialah Suho(ketua), Kai, Baek, Chanyeol, D.O dan Sehun(maknae). Manakala Exo M pula Kris(ketua), Luhan, Lay, Chen, Xiumin, Tao(maknae).
            “Seronok juga ramai-ramai ni. Dah macam sekolah pun ada gak.” lawak Chanyeol.
            “Hey, kita hanya nak duduk kat rumah ni sampai malam ke? Tak ada cadangan nak keluar bersama ke, enjoy-enjoy ke?” tanya Baek sambil memberi cadangan.
            “Tau tak, dari tadi aku dengar suara korang berdua je. Cuba zip mulut tu sekejap 2 saat.” kata Kris sambil baring mengadap TV. =_= Masing-masing tidak bersuara dan terus menonton TV dengan senyap sekali.
            Suho dan Tao turun daripada tingkat atas sambil membincangkan sesuatu, seperti ada sesuatu yang sedang dirancang. “Hey semua, saya ada cadangan.” ujar Suho pada mereka. “Tadi saya dan Tao bercadang kita pergi ke Seoul. Kita jalan-jalan di sana memandangkan kita ada kawan-kawan yang bukan dari Korea.” cadang Suho. Tao hanya mengangguk sambil mengiakan cadangan Suho itu.
            Mereka semua bersetuju dengan cadangan itu. Banyak yang mereka kongsikan dan luangkan pada hari itu. Remaja zaman sekarang suka pada perkara yang menghiburkan. Mereka menghabiskan masa dengan berkaroeke, makan, membeli –belah dan bermain.
            “Ma, saya nak anak patung tu..!” pinta anak kecil sambil menangis. Luhan hanya melihat gelagat anak itu sambil teringat akan mama dan babanya. “Macam mana la keadaan Soo Yin sekarang.?” Adakah dia baik-baik saja dengan yeye dan nainai.” detik hati Luhan. 


                                                                                                                               Bersambung...... xB