Bunny World's

Bunny World's

Thursday, 11 July 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 13 (Final)

Chapter 13

             Mata dipenuhi air mata. Keharuan dan kesedihan menjelma di lubuk hati. Sungguh pun bukan jasad berada di situ tapi ia tetap dapat dirasai.
            “Jadi, Lay ge sangat sayangkan Yin mei?” dalam esakkan masih boleh mengajukan pertanyaan. Air mata dikesat. Belum sempat Lay mengatakannya ada suara menyambut terlebih dahulu.
            “Sudah tentu kami semua sayangkan dia.” Baekhyun mendekati Lay serta dua beradik yang comel.
            “Semuanya tersemat di sini.” kata Chen dengan sedikit senyuman tawar diukir.
            Tangan mereka diletakkan didada. Loket berbentuk hati dipegang seeratnya. Mereka masih ingat akan wajah yang memberi ‘hadiah’ tersebut.
            “Itu mesti loket daripada Yin mei kan?” tanya Xang Fei. Kanak-kanak yang berusia 11 tahun ini mula menarik minat terhadap loket tersebut.
            “Wah, tak kisahlah kalau memang gege semua sayangkan Yin mei. Dia mesti baik hati orangnya.” sahut pula seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun, tua sedikit daripada Xang Fei. Ahn Xing adalah abang kepada Xang Fei. Mereka berdua merupakan anak buah Lay.
            “Luhan ge sedih tak masa Yin mei sakit?” tanya Ahn Xing sambil mengambil tempat sebelah Luhan. Luhan tersenyum tawar.
            “Sedih tu mesti ada. Tapi ge tak tunjuk sebab Yin mei tak suka kalau kiteorang sedih.” jelas Luhan walhal dia tak nak dua beradik itu mengambil beban untuk bersedih terhadap Yin.

Flashback…
            Mereka semua bersedia untuk berlepas. Masing-masing sugul tambahan lagi Luhan. Dia mula tak tentu hala selepas menerima call daripada nainai.
            “Yin bertahanlah. Tunggu sampai gege balik. Yin~” air mata bergenang hampir jatuh ke pipi lembut Luhan. Lay perasaan akan reaksi Luhan.
            Tepat pukul 2:00 a.m, Exo tiba di hospital berdekatan dengan bandar Lavyna. Luhan terutamanya mendapatkan pasangan Xi diikuti yang lain.
            “Yin? Macam mana dengan Yin? Nainai?” persoalan Luhan dijawab dengan kebisuaan beserta air mata.
            “Luhan~ Yeye nak bincang sesuatu dengan kamu.” yeye merangkul bahu Luhan.
            Mereka yang berdiri seperti patung mengelilingi nainai. Mereka memberi semangat pada nainai.
            Nampak tekun sekali yeye menjelaskan pada Luhan. Apa yang pasti, ia amat penting sekali.
            “Yeye dah tanda tangan borang yang doktor berikan tadi. Apa yang penting sekarang ni, kamu mesti kuat semangat. Kamu saudaranya, dia amat memerlukan kamu pada saat ini.” yeye cuba menenangkan Luhan.
            Pada hari kejadian, aku seperti berada didunia lain. Dunia yang sangat cantik, yang tak pernah lagi orang jelajahi. Aku rasa seperti terbang mengelilingi seluruh alam. Alam yang putih tidak semenanya bertukar menjadi gelap. Dan aku… jasad dah mencecah permukaan lantai dengan hidung dipenuhi darah, kaku tanpa sebarang suara. Nainai dan yeye gelisah dan panik dengan keadaanku.



            “Pihak kami telah sedaya upaya melakukan pembedahan ke atas Cik Soo Yin. Nampaknya Tuhan lebih menyayanginya. Saya harap pihak tuan dapat bersabar.” kata-kata itu membuatkan yeye diserang sakit jantung. Nainai begitu panik melihatnya. Pihak hospital membawa yeye masuk ke wad.
            “Luhan hyung~” D.O memandang Luhan dengan sayunya. Mereka seperti hilang semangat bila mendengar kata-kata doktor sebentar tadi. Luhan menekup muka sambil menangis.
“Kau kena kuat Luhan.” kata Kris sambil memeluk Luhan. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh ke lantai jua. Mereka berpelukan bersama.
            “Maaf ya, siapa En. Luhan?” tanya seorang jururawat yang pernah bertugas menjaga aku semasa aku berada di hospital. Masing-masing terdiam sampailah Lay bersuara.
“Ini dia Luhan. Kenapa ya?” “Pesakit yang bernama Soo Yin ini ada meninggalkan surat untuk En. Luhan.” jururawat menghulurkan surat tersebut pada Lay.

Maafkan Yin, Luhan gege…
          Yin tak bermaksud untuk sembunyikan perkara sebenar tapi Yin tak mahu Luhan ge sedih dengan keadaan Yin. Yin serahkan yeye dan nainai pada Luhan ge. Harap Yin dapat jumpa dengan baba dan mama di sana. ^_^
          Luhan ge mesti janji dengan Yin yang gege kena jaga diri selepas Yin tiada. Yin tahu Luhan ge akan bosan bila balik rumah nanti. Gurau saja. xP
Apa yang Yin ingin sampaikan, Luhan ge kena kuat dan teruskan hidup dengan mengejar cita-cita gege untuk jadi penyanyi terkenal.
          Lagi satu Yin lupa nak bagitau yang sebenarnya Xing gege la yang banyak membantu Yin masa ketiadaan Luhan ge dulu. Dia ialah cinta pertama Yin. Yin sayangkan dia sepanjang hidup Yin.
          Apa yang penting Luhan gege adalah gege yang terbaik bagi Yin, Yin bangga sebab mempunyai keluarga yang bahagia. Sampaikan salam terakhir Yin buat semua.
          Yeye, nainai, Luhan ge, Xing ge dan semuanya. Yin sangat sayang kamu semua. -Wo ai ni- YYY

          Sebaik sahaja Luhan habis membaca surat tersebut, doktor memberitahu yang jantung yeye sudah berhenti berdegup. Nainai dan Luhan seperti dipanah petir bila mendapat tahu. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana keadaan pada waktu itu. Mereka semua juga turut terkejut dan bersimpati.
            Selepas pemergian aku dan yeye, Luhan kembali ke Seoul bersama nainai. Dan selang beberapa bulan selepas itu, nainai menyusul pergi meninggalkan Luhan. Kini, Luhan hanya tinggal bersama kenangan yang dibawa tak kira masa sentiasa tersemat dihatinya.
            “Luhan akan selalu mengingati kamu semua, keluargaku yang tercinta. Soo Yin~~”
            Lebih kurang 8 tahun Exo memulakan karier mereka sebagai artis. Mereka menjadi artis pilihan no 1di Korea. Mereka sentiasa bersama walaupun susah atau pun senang, segala laluan yang berliku pasti ditempuhi. Itu kerana mereka selalu membawa ‘semangat’ yang pernah diberi olehku yang sentiasa berada di hati mereka.
            “Luhan hyung, hari ni hari jadi kau lah.” kata Chanyeol sambil memeluk bahu Luhan. Kai dan Sehun turut menjerit sambil menari-nari didepan Luhan. “Hari jadi Luhan ge? Wow!” Xang Fei dan Ahn Xing turut gembira.
            “Apa kata kita sambut meriah nak tak? Biar D.O yang masak. Bolehkan D.O?” kata Suho sambil menyinggung pinggang D.O. “Boleh je, korang cakap apa yang korang nak makan. Especially Luhan hyung.”
Mereka semua bersorak keriangan.

            Maka berakhirlah kisahku bersama Exo gege, semoga ia dapat menjadi kenangan manis bagiku di sana. For all my love person especially Luhan and Lay, I love you forever and after. -Xi Soo Yin-



-The End- 



No comments:

Post a Comment