Bunny World's

Bunny World's

Wednesday, 20 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 5

Chapter 5


Rest Room, Exo’s Home
            Jam sudah menandakan pukul 9 malam. Semua sedang risau akan ku kerana dalam waktu begini aku masih tidak pulang. Ting.. tong… loceng rumah bergema dan Baek berlari membukakan pintu.
            “Oihh, manager datanglah dengan…” Baek kaku sebentar melihat aku berada dibelakang manager. “Yin..! Macam mana awak boleh..” ayat Baek dipotong. “Saya yang jumpa dia kat bus stop sorang diri. Alang-alang saya hantar sekali.” manager menjawab secara spontan.
            “Kami semua minta maaf kerana menyusahkan manager hyung.” kata Suho sambil semua menunduk maaf. “Takpelah, tanggungjawab saya juga untuk menjaga Soo Yin-ssi ni.” tambah manager. Aku dihantar ke bilik oleh Luhan. Lay hanya dapat memandang daripada jauh.
            “Aku dah kata budak perempuan tu akan bagi masalah.” bisik Kris pada Tao sambil mencebik. Mereka meluangkan masa dengan manager sambil berbincang tentang persembahan akan datang. Esok mereka akan membuat persembahan di Busan.
            “Baiklah saya rasa sampai sini sahaja, dah lewat ni saya kena pulang sekarang.” kata manager sambil berdiri membetulkan beg silangnya. Suho menghantar manager ke pintu. Sedang semua berehat di ruang tamu, Tao cuba pergi ke bilik tetamu.
            Pintu bilik di ketuk dan dikuak. Aku melihat kelibat yang sedang masuk ke bilik dan menuju ke arahku. “Owh.. Xiumin gege rupanya. Duduklah.” pelawaku. “Xiumin?” bisik hati Tao.
            “Maaf. Saya Tao la, bukan Xiumin gege.” jelas Tao keliru. Tao melabuhkan punggung di kerusi mengadap ke katil. “Yin boleh gege tanya sesuatu?” Tao memulakan perbualan.
            “Hmm.. tanyalah.. Apa dia?” aku mengemaskan kedudukan di katil sambil memeluk Mr. Hello (patung Smiley). “Yin dah rasa okay ke?” Tao memandang tepat ke mataku.
            “Sudah tentulah okay. Kenapa gege tanya macam ni?” aku berasa pelik dengan pertanyaan Tao itu. “Bukan apa, gege tak nak kamu fikirkan pasal D.O hyung marah kamu pagi tadi.” kerisauan Tao jelas sekali terpapar dimukanya. Tao sedaya upaya menceriakan aku.
            “Pasal pagi tadi? D.O? Takdelah, pagi tadikan Yin keluar jalan-jalan dekat bandar lepas tu… hmm, Yin tak pasti pula.” aku cuba beritahu sesuatu tapi tidak kesampaian. “Takkan semudah itu, dia lupakan.” berkerut dahi Tao memikirkan kata-kata ku tadi. Tao mula pelik dengan diriku.

XiuChen Room’s
            “Min gege..~ Kau tak rasa pelik ke dengan Yin tu?” tanya Chen sambil baringkan diri di katil.
            “Aku pun ada rasa pelik gak. Dia macam tak tahu dengan apa yang dia dah buat.” jawab Xiumin selamba. “Tapi takkan Luhan gege tak tahu adik dia macam mana?” tanya Chen lagi.
            “Mungkin memang perangai adik dia macam tu la kot. Kita mana la tahu.” Xiumin cuba berfikir positif. Dia tidak mahu serabutkan kepalanya dengan masalah orang lain.
            Mereka berbual dan terus berbual tentang semua yang terjadi. Masih ada yang belum tidur dan ada yang masih sibuk dengan rutin mereka sendiri. Malam berlalu dengan pelbagai karenah.


Marynade Hotel, Busan
            “Apa khabar semuanya? Hari ini kita akan berhibur bersama Exo..~” pengacara majlis memulakan bicara. Exo mula naik ke pentas dan mula menghiburkan penonton dengan nyanyian dan tarian yang memukau mata orang ramai.
            “Itu dia persembahan yang paling fantastik sekali.” kata pengacara sambil menepuk tangan.
            “Apa yang kita tahu mereka ini masih baru di dunia seni ini, boleh beri penjelasan?” pengacara mula bertanya pada ahli Exo.
            “Kami semua… bla..bla..bla..” Suho menjelaskan satu persatu kepada penonton.
            “Penatnya..~” keluh Baek.
            “Okay guys.. After this we meet with fans. Siap sedia untuk sesi signing and photographing.” arah manager.
            “Kau okay Baek?” tanya Chanyeol sambil memegang bahu Baek.
            “Aku okay je. Jom la.” Baek menjawab pertanyaan Chanyeol sambil mengaliskan kelopak matanya dengan celak lagi.
            Akhirnya jadual pada hari tamat awal, mereka semua keletihan dan masing-masing tidur semasa dalam perjalanan. Pelbagai gaya tidurnya ada yang mengigau dan ada yang siap melelehkan air liur. xDD Kris terjaga dan melihat terus ke arah jam tangannya.
            “Dah pukul 7 malam tapi kita tak sampai lagi?” kata hati Kris. Luhan disebelahnya mengeliat sambil menggosok mata. “Kita tak sampai lagi ke?” Luhan mengeluarkan I-Phone dan mula membuka kod kunci. “Eh , ada note yang tak dibacalah. Haah..~~~” Luhan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

9:00 p.m, Exo’s Home
            “Eh, kenapa gelap je rumah kita ni?” Chen menunjukkan jarinya ke arah banglo itu. Masing-masing kaku tanpa bicara.
            “Tak kan la si Yin tu duduk dalam gelap? Ke dia memang takde di rumah lagi.” sangkal D.O.
            “Lulu hyung, Yin ada bagitahu apa-apa tak tadi?” Suho bertanya pada Luhan. Masing-masing melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Terdapat ada cahaya di dapur, seperti ada seseorang disitu. Kai dan Sehun mula melangkah ke dapur diikuti yang lain. Setiba mereka di sana, aku mula melompat.
            “Surprise..!” aku mengejutkan mereka. Mereka terkejut sampai tidak bergerak seperti tugu di bandar Seoul. “Happy Birthday adikku Yin. Sorry, gege lupa nak wish.” ucap Luhan berbaur rasa bersalah.
            Mereka semua memandang ke arah Luhan. “Laa.. Hari jadi Yin rupanya. Awak yang masak semua ni?” tanya Kai. D.O mencuba daging salai yang betul berada di depannya.
            “Tak sangka Yin juga pandai memasak.” kata D.O dengan ikhlas sekilas dia terus duduk tanpa pedulikan yang lain. Melihat D.O yang sedang sedap menikmati makanan yang enak itu, mereka tidak lepaskan peluang untuk menikmatinya juga.
            “Terima kasih sebab sudi sambut hari jadi dengan Yin dan tak lupa juga pada Lulu gege yang menjaga Yin selama ini. Xie xie..~” kataku sambil bergenang air mata.
            “Hey, kami semua senang sangat bila bersama awak dan terima kasih kerana bersusah payah untuk buat ini semua.” kata Chanyeol sambil mencubit lembut pipiku. Setelah penat bersuka ria dan bergelak tawa, masing-masing merehatkan diri. 



Bersambung... xB

No comments:

Post a Comment