Bunny World's

Bunny World's

Sunday, 17 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 4

Chapter 4



Exo’s Home at Rooftop
            Bintang malam menerangi segenap ruang disekitar kawasan bumbung ini. Aku tak tahu kenapa nainai dan yeye tak telefon kembali. Aku lihat screen handphoneku dan aku slide setiap satu persatu nombor panggilan. Aku mula mendail… Tutt..tutt..tutt.. “Hello?” satu suara hinggap di talian.
            “Nainai..~ Kenapa nainai tak telefon Yin? Nainai dah janji nak telefon kembali.” kataku sambil menitiskan air mata.
            “Yin..~ Nainai dah… Takpelah, nainai tadi pergi ke rumah jiran sebab tu lupa telefon kamu.” jelas nainai walaupun yang sebenarnya nainai baru sahaja telefon beberapa jam yang lalu.
            Dalam keadaan gelap lagi sejuk yang tak terkata, ada kelibat seseorang yang sedang berjalan menuju ke arah aku.
            “Hey Yin..!” sapa seorang jejaka sambil menepuk bahuku lembut.
            “Hye.. ahh.. SEH..” belum sempat aku ingat namanya dia mencelah dahulu.
            “Saya Kai lah.. Kenapa duduk kat sini sorang-sorang nanti Luhan hyung cari susah tahu.” kata Kai sambil mengambil tempat disebelahku. Kedengaran suara Kai sangat lembut sekali.
            “Hari ni saya dah salah panggil nama Kris gege dengan Chanyeol oppa.” kataku sayu sambil menatap pemandangan malam itu.
            “Owh pasal tu tak payah lah nak fikirkan sangat. Lama-lama awak akan ingat mereka.” Kai cuba menenangkan hatiku sambil memberi senyuman yang menawan.
            Di satu sudut yang tidak jauh dari tempat kami duduk ada orang yang sedang perhatikan. Dia perhatikan setiap gerak-geriku.
            “Eh Lay hyung! Buat apa kat sini?” tanya Kai apabila kami ternampak dia disebalik pintu. Aku hanya tersenyum sambil lalu dihadapannya. “Yin tidur dulu ya Kai oppa.”
            “Aik, aku je. Dia tak nampak Lay hyung kat sini ke?” detak hati Kai sambil kembali ke bilik.

LayHan Room’s
            “Dia memang betul dah tak ingat aku walaupun sedikit. Yin~~ Saya tetap akan ingat semuanya.” lamunan Lay terhenti setelah Luhan masuk ke bilik.
            “Eh Lay, kau tak tidur lagi ke?”. Lay hanya mendiamkan diri sambil memandang ke siling.
            “Lulu gege..~ Yin sihat ke?” Luhan agak sedikit pelik dengan pertanyaan Lay tu. Luhan berdiri betul dekat dengan katil Lay.
            “Mungkin dia kepenatan.” jawab Luhan yang masih melihat Lay.
            “Betul ke Luhan gege tak tahu apa-apa?” soalan kedua terpacul daripada mulut Lay yang membuatkan Luhan bertambah pening.
            “Apa maksud kau?” Luhan bertanya.
            “Kenapa mereka ni? Aku semakin tak faham dengan mereka. Mula-mula Kris sekarang Lay.” Luhan menjadi runsing dengan mereka dan apa kaitan dengan Soo Yin. “Adakah Yin itu menyusahkan?”
            “Aku tak patut bagitahu hal ini sekarang. Mungkin Luhan gege tidak dapat menerimanya. Aku perlu cari masa yang sesuai.” Lay mengelamun hinggalah tertidur.





3rd day in Exo’s Home
            “Mana pinggan special aku..!!!~” hampir bergegar rumah dibuatnya. Pagi yang tenang telah dikucar-kacirkan dengan jeritan D.O yang sedang mencari pinggannya. Semua orang yang berada di dalam rumah terkejut dengan apa yang berlaku termasuklah aku.
            “Semalam siapa yang basuh pinggan?” tanya D.O dengan marahnya. Aku yang kebetulan baru ke dapur segera mengangkat tangan. “Saya yang basuh oppa.” Aku ketakutan bila melihat mata D.O yang sedang memandang tepat ke arahku.
            D.O yang pada mulanya hendak menengking aku segera ditahan oleh Xiumin dan Chen. “Itulah satu-satunya pinggan yang omma aku bagi.. Ke kau dah pecahkan?” jerit D.O seperti dirasuk hantu.
            “Apa yang dah terjadi?” tanya Suho sambil memandangku yang sedang diam membatu macam patung. Tiba-tiba tanganku digenggam oleh Chanyeol, “Kalau ye pun tak payah marah disebabkan sebuah pinggan, masih boleh bertanya dengan baik bukan menengking.” bidas Chanyeol dengan keras pada D.O.
            “Yin tak apa-apa kan?” Luhan segera mendapatkanku sambil memeluk erat. Air mataku membasahi dada Luhan. Setelah perkara pagi itu terjadi, mereka semua bergerak ke SM Entertainment seperti biasa kerana mereka perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mereka cuba menyibukkan diri dan melupakan perkara yang berlaku pagi tadi.

Gwanjee Café, Seoul
            Satu bunyi kedengaran di telinga tanda ada mesej dan Luhan memeriksa inbox.

                        Soo Yin 011-XXXXXXXXX
                        Yin tau Lulu gege tgh busy, Yin nak keluar kejap.
                        Nnt Yin balik segera. pai pai.. <3

             “Nak ke mana pula si Yin ni?” Luhan rasa tidak sedap hati. Sehun mendekati Luhan, “oit, apasal ni? Teringat pasal pagi tadi ke? Alah, D.O hyung tu nanti okay la.”
            “Bukanlah.. Yin nak keluar tapi aku tak pasti ke mana. Katanya hanya sekejap.” luah Luhan.
            “Owh, Yin ke? Dia kan dah besar pandai-pandai la nanti dia balik.” Sehun cuba menenangkan Luhan yang kebingungan sambil meneguk bubble tea kegemarannya.
            Aku mula berjalan dan menaiki bas untuk ke Seoul Tower. Aku melihat keindahan dan kesibukan di bandar ini tidaklah seperti di China. Di China, kalau boleh berjalan itu dah paling untung sekali. Asyik sibuk berjalan ke sana ke mari, masa pun berjalan dan dah tiba waktu petang.
            “Laparlah pula. Singgah kat sini dululah.”
            Waktu sudah pun malam dan aku masih diluar. “Macam mana nak balik ni? Aku tinggal kat mana eh? -_-‘ Sedang aku menunggu di bus stop, ada sebuah kereta berhenti tepat di hadapanku.
            “Eh..?? Soo Yin-ssi..” jejaka itu mengenali aku dan aku macam pernah lihat dia.
            “Ye saya.. d..dan bagaimana awak tahu nama saya?” kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal ni.
            “Saya manager Exo, Bang Woo Jin. Hmm.. awak mesti nak balik rumahkan, marilah saya hantar.” kata manager itu sambil tersenyum.



Bersambung... xB





No comments:

Post a Comment