Bunny World's

Bunny World's

Thursday, 7 February 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 2



Chapter 2

Xi’s Bungalow, Lavyna Town
            “Yinyin, kamu tak apa-apa ke? Kenapa kamu tak nak makan dan asyik termenung saja.” tanya nainai pada ku.
            “Saya tak apa-apa la nainai.” jelas ku sambil menghelakan nafas.
            Nainai dan yeye selalu risaukan keadaan aku. Aku rasa aku seperti biasa, seperti Soo Yin yang dulu. Aku sedaya upaya hilangkan kesedihan yang pernah aku alami dulu. Aku menjalani kehidupan dengan baik sekali.
            “Luhan gege..~ Bila ge nak balik ni? Yin rindu dengan gege.” rintih hatiku sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap, memerhatikan taman tempat aku dan Luhan bermain.

SM Entertainment Studio
            “Baiklah, sampai sini saja latihan buat hari ini. Kita jumpa lagi esok.” kata pengajar sambil memberi arahan kepada ahli Exo. Mereka dengan gembiranya berehat di hujung bilik kerana keletihan sementara menunggu van untuk pulang ke rumah.
           
            “Hey guys..! Saya ada berita untuk kamu semua.” sapa manager dengan gembiranya.
            “Betul ke? Apa dia?” tanya mereka bersama.
           
            “Minggu depan kamu semua di pinta untuk membuat persembahan di satu majlis amal di Bandar Lavyna. Jadi jadual kamu akan padat mulai esok. Selamat maju jaya. hehe..” jelas manager dengan lebih lanjut. Tao,Kai dan Sehun menyorak sambil bertepuk tangan. Baek, Chen dan Chanyeol menjerit kegembiraan. Manakala Luhan hanya mampu ternganga sambil termenung mengingati kata-kata manager sebentar tadi.
            “Hey Lulu.. Ada masalah ke dengan berita tadi?” tanya Kris menghentikan lamunan Luhan. Luhan yang terkejut dengan sapaan itu terus bangun dan beredar dari bilik studio tanpa sebarang kata. Suho, Xiumin dan D.O hanya melihat Luhan pergi.
            “Kenapa dengan Luhan hyung tu? Suho mula curiga seperti ada sesuatu yang tak kena selepas manager bagitahu tentang Bandar Lavyna. Kris hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
            Bahu Luhan ditepuk dari belakang tanpa dia sedari rupanya Lay yang menyapanya. “Boleh aku duduk, gege?” belum sempat Luhan berkata Lay sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Luhan.
            “Aku tengok gege macam surprise je dengan berita manager tadi, kenapa ya?” tanya Lay sambil memandang muka Luhan yang sedang mengerut.
            “Eh, tak ada apa-apa la. Aku rasa tak sedap badan je.” dalih Luhan.
            “Betul ke? Takpe la kalau kau cakap macam tu.” Lay cuba menenangkan diri sambil mencari tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh Luhan.
            “Bandar Lavyna tu bandar yang paling cantik dan aku rindu dengan mereka.” Luhan sempat berkata sebelum dia pergi meninggalkan Lay dalam keadaan terpinga-pinga.
            “Apa yang ada dalam fikiran Luhan sebenarnya dan apa kaitan dia dengan Bandar Lavyna?” detik hati Lay semakin kuat untuk mengetahuinya. Setahunya, Luhan anak kelahiran Beijing.


Welfare Homes, Lavyna Town
            “Yah, itu dia persembahan daripada kumpulan Exo. Berikan tepukan pada mereka.” ucap pengacara majlis tersebut. Sorakan dan tepukan diberikan dengan begitu semangat. Exo merasa lega dan gembira dengan kegembiraan mereka.
            “Lepas ni kita akan pulang ke Korea semula dan kamu semua akan ada satu wawancara.” kata manager sambil tergesa-gesa untuk berjumpa dengan pengarah rumah kebajikan.
            Luhan berlari anak menuju ke arah manager. “Ehh, hyung-ah.. Kita ada masa lagi tak lepas ni..? Kalau boleh, saya nak ajak ahli Exo dan hyung berehat sebentar di rumah keluarga saya di bukit Bandar Lavyna ni.” jelas Luhan tentang hasratnya itu.
            “Wahhh..!! Besarnya rumah ni…~ *O* Kai, Sehun dan Tao berlari ke sana ke mari melihat persekitaran rumah yang megah berdiri di bukit ini.
            “Ini rumah kau Luhan? tanya manager sambil melihat ke arahnya.
            “Bukanlah.. Ini rumah datuk saya dan….” belum sempat Luhan menghabiskan ayat, seorang gadis melompat di belakangnya.
            “Lulu gege..!! Yin rindukan gege..~” kata aku sambil memeluk abangku yang lama tidak bersua. Tanpa disedari air mataku mengalir dengan deras sekali.
            Baek menyinggung lengan Chen sambil memberi isyarat bertanya. Chen hanya mampu membuat memek muka seperti tidak tahu siapa gerangan gadis itu.
            “Ohh, kamu semua ini kawannya Luhan ye.? Baguslah, cucuku dah berjaya.” kata yeye kepada mereka yang sedang menikmati kuih yang dibuat oleh ku.
            “Maafkan kami haraboji, kami semua memang tak boleh singgah lama sebab masih ada tugasan yang perlu dilakukan selepas pulang ke Korea.” Suho memotong ayat yeye secara sopan tanda mereka ingin pergi.
            “Betul tu haraboji, haraboji tidak perlu risau saya dan Suho sebagai ketua akan menjaga mereka semua. Restukan kami.. ~” ^..^ Kris menambah selanjutnya.
            Dalam masa yang sama, Luhan sedang duduk bersama aku di taman yang selalu kami luangkan masa. Aku rasa seperti mimpi dan tak mahu bangun daripada mimpi tersebut.
            “Yinyin jaga kesihatan tak masa gege tak ada kat sini?” Luhan cuba bertanya soalan yang sama walaupun dia sudah pun bertanya sebentar tadi. Aku memeluk Luhan dengan erat sekali seperti pasangan kekasih yang sedang bercinta.
            Aku tahu seperti ada yang sedang memerhatikan kami sejak dari mula aku berjumpa dengan Luhan. “Kenapa kawan-kawan gege macam…” aku rasa tak patut tanya sebegitu kepada Luhan memandangkan mereka adalah kawan Luhan.
            “Macam apa?” Luhan sempat bertanya tetapi ada satu suara memanggil Luhan.
            Setelah tiba di Korea, Exo diwawancara dengan beberapa selebriti lain di dalam rancangan ‘Stronger K-Pop Project’. Xiumin, Baek, Chanyeol serta beberapa ahli yang lain telah memberikan beberapa keistimewaan semasa wawancara dijalankan. 



                                                                                                                   Bersambung... xB


No comments:

Post a Comment