Bunny World's

Bunny World's

Monday, 17 June 2013

LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 8

Chapter 8

Seoul City Hospital

            Mereka semua menanti keputusan sementara aku masih dirawat di wad kecemasan. Untung sekali Woo Jin-ssi lepaskan mereka daripada jadual yang sangat padat apabila mengetahui tentang hal ini.
            “Siapa ahli keluarga Cik Soo Yin?” pinta jururawat yang bertugas.
            “Saya abang kandungnya.” jawab Luhan dengan pantas.
            “Keadaan Cik Soo Yin buat masa ini agak lemah tapi masih stabil.” bicara doktor.
            “Jadi adik saya boleh pulang hari ini?” harap Luhan.
            “Belum boleh lagi, apa yang saya nak katakan sekarang berdasarkan apa yang telah saya usahakan terdapat beberapa saraf lembut otak Cik Yin telah rosak akibat tekanan yang dialami. Saya rasa Cik Yin terlampau desak otaknya untuk mengingati apa yang pernah berlaku.” jelas doktor dengan terperinci.
            “Kalau macam tu doktor, tak ada jalan lain ke untuk selamatkan adik saya?” Luhan berharap agar aku pulih dan dapat jalani hidup dengan baik.
            “Apa kata doktor, Lulu hyung?” Kai segera mendapatkan Luhan setelah dia keluar dari ruangan doktor. Masing-masing menunggu jawapan tapi Luhan hanya beredar tanpa sepatah kata melainkan hanya tangisan didapati.
            “Owh, nurse.. Boleh kami jenguk pesakit sekarang?” tanya Suho sambil menahan jururawat tersebut. “Boleh kami masuk tak?” tanya Xiumin pula.
            “Boleh tapi tidak boleh terlalu ramai kerana pesakit masih lemah dan harap anda semua bekerjasama.” jawab jururawat lalu beredar meninggalkan pemuda-pemuda tersebut.
            Suho, Chen, Xiumin, Chanyeol dan Baekhyun mula memasuki ruangan wad tempat aku terbaring sendirian. Mereka mengelilingi katilku, sambil menahan sebak melihat mukaku yang sangat pucat.
            Suho bergerak ke arah katilku sambil menyentuh tanganku. SEJUKnya..!!~ O.O “Yin, oppa harap kamu cepat sembuh dan boleh senyum seperti dahulu.
            “Yin masih kenal dengan Baekkie oppa tak..? Cepat sembuh nanti kita boleh bergurau lagi.” bisik Baekhyun di telingaku sambil ketawa kecil diiringi air mata.
            “Yin-ah..~ Kami semua rindukan kamu, lagi-lagi Luhan hyung. Cepat sembuh..” kata Chanyeol sambil mengusap rambutku lembut. Xiumin dan Chen tidak mampu mengatakan apa-apa.
            Suasana bilik yang sunyi hanya bertemankan bunyi mesin dan titisan air yang masuk mengalir ke dalam tubuhku. Pintu bilik dikuak seperti ada yang masuk ke dalam.
            “Maafkan gege, Yin..~ Gege tak bermaks..” kata-kata Kris terhenti sebaliknya dia menangis dan tak mampu berkata lagi. Tao yang berada dibelakangnya, mengusap perlahan-lahan belakang Tao.
            “Sudahlah Kris gege. Benda dah jadi dan jangan asyik salahkan diri. Yin pun tak nak semua ni terjadi, yang penting kita kena bagi dia semangat dan terus sokong dia.” kata Tao walaupun dia juga sedih melihat keadaanku.

            Kris hanya mengangguk mengiakan kata-kata Tao itu.
            “Mari kita balik dulu, nanti malam kita datang jenguk lagi.” ajak Tao. Walaupun agak berat untuk pergi Kris gagahkan dirinya.
            “Yin..~ Kalau Yin dengar, Yin cepat sembuh dan cepatlah sedar ya. Kami semua sayangkan Yin..~” Tao sempat berbisik di telingaku sebelum beredar.


Selepas Luhan keluar dan pergi tanpa kata, Lay dan Sehun sempat mengejarnya. Mereka mencari kelibat Luhan di merata tempat.
            “Lay hyung..! Aku nampak Lulu hyung kat bawah pondok sana.” kata Sehun sambil menunding jari ke arah pondok tersebut. Mereka pun menuju ke arah Luhan dengan segera.
            “Hyung-ah, kenapa hyung pergi macam tu je? Ada masalah ke?” kata Sehun sambil menepuk perlahan belakang Luhan. Luhan yang terkejut dengan kedatangan mereka berdua, terus mengesat air matanya dengan lengan baju.

Flashback…
            “Maaf En. Luhan, kami tidak pasti puncanya jadi kami tidak mahu beri sebarang keputusan.” jawab doktor sambil menggelengkan kepalanya sedikit.
            “Apa yang saya boleh katakan, encik patut selalu luangkan masa bersamanya. Kita tidak tahu berapa lama dia dapat bertahan tapi selagi dia tidak dalam keadaan yang tertekan masalahnya tidak akan teruk.” tambah doktor lagi.
            “Doktor kata keadaan Yin akan teruk jika dia selalu tertekan, kemungkinan juga Yin tidak lama..” kata-kata Luhan terhenti. Lay memeluk Luhan dengan erat. Lay tahu bagaimana rasanya seperti dia semasa pertama kali dia mendengar kata-kata ayahnya bersama Tuan Xi.
            “Me..memang tak ada cara lain ke?” tanya Sehun sedikit gagap. Luhan hanya menggelengkan kepalanya.
            Pada pukul 8.00 malam, D.O, Kai dan Sehun sudah terpacak di depan wad F-34/1- Xi Soo Yin. Pintu dikuak dan aku masih juga terbaring bertemankan bunyi mesin. Kai duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil.
            “Yinyin..~ Oppa rindu sangat nak masak sama-sama dengan kamu. Cepatlah bangun..” pinta D.O sedikit serak suaranya sambil membetulkan rambutku yang sedikit selerak. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian semasa kali pertama dia memarahi aku kerana pinggannya yang hilang itu.
            Kai memandang wajahku dengan sayunya. Dia teringat kali pertama aku bersembang dengannya di atas bumbung. Kami berjenaka, bergelak ketawa hingga larut malam. Itu adalah kenangan manis baginya.
            “Kenapa awak perlu tanggung semua ni? Kalau boleh biarlah saya yang tanggung.” kata Kai dengan hibanya. Sehun dan D.O saling berpandangan.
            Luhan dan Lay adalah orang terakhir yang menemaniku. Aku tahu Luhan gege sangat risaukan aku tapi aku juga tak mahu kerjaya Luhan gege terjejas gara-gara aku yang masih tidak sedarkan diri.
            “Aku rasa aku ingin membersihkan Yin.” pinta Luhan pada Lay.
            “Baiklah, aku tinggalkan Luhan gege dengan Yin. Apa-apa hal, aku ada di luar. Okay?” jawab Lay sambil menolak pintu. Luhan menggangguk perlahan.
            Luhan mengambil sebesen kecil air suam beserta tuala kecil. Luhan mula mengelap perlahan-lahan. Setelah habis mengelap, aku dipakaikan bedak. Rambutku disisir rapi dan aku diselimutkan dengan kemas. Luhan duduk mengadapku sambil memandang ke arah wajahku.
            “Sekarang Yinyin dah wangi, baguskan gege bagi mandi.” gurau Luhan sambil tersenyum sedikit. Dia cuba menyembunyikan kesedihannya. “Baba, mama..~~ Maafkan Luhan kerana tak menjaga Yin.”


Bersambung xB

No comments:

Post a Comment