Jeoneun luvelyeyka imnida.. Mianhe, hangungmal jal motaeyo... hehehe... XD
Bunny World's
Thursday, 19 December 2013
Thursday, 11 July 2013
LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 13 (Final)
Chapter 13
Mata
dipenuhi air mata. Keharuan dan kesedihan menjelma di lubuk hati. Sungguh pun
bukan jasad berada di situ tapi ia tetap dapat dirasai.
“Jadi, Lay ge sangat sayangkan Yin mei?” dalam esakkan masih boleh mengajukan pertanyaan. Air mata dikesat. Belum sempat Lay mengatakannya ada suara menyambut terlebih dahulu.
“Sudah tentu kami semua sayangkan dia.” Baekhyun mendekati Lay serta dua beradik yang comel.
“Semuanya tersemat di sini.” kata Chen dengan sedikit senyuman tawar diukir.

Tangan mereka diletakkan didada.
Loket berbentuk hati dipegang seeratnya. Mereka masih ingat akan wajah yang
memberi ‘hadiah’ tersebut.
“Itu mesti loket daripada Yin mei
kan?” tanya Xang Fei. Kanak-kanak yang berusia 11 tahun ini mula menarik minat
terhadap loket tersebut.
“Wah, tak kisahlah kalau memang gege semua sayangkan Yin mei. Dia mesti baik hati orangnya.” sahut pula seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun, tua sedikit daripada Xang Fei. Ahn Xing adalah abang kepada Xang Fei. Mereka berdua merupakan anak buah Lay.

“Luhan ge sedih tak masa Yin mei
sakit?” tanya Ahn Xing sambil mengambil tempat sebelah Luhan. Luhan tersenyum
tawar.
“Sedih tu mesti ada. Tapi ge tak tunjuk sebab Yin mei tak suka kalau kiteorang sedih.” jelas Luhan walhal dia tak nak dua beradik itu mengambil beban untuk bersedih terhadap Yin.
“Sedih tu mesti ada. Tapi ge tak tunjuk sebab Yin mei tak suka kalau kiteorang sedih.” jelas Luhan walhal dia tak nak dua beradik itu mengambil beban untuk bersedih terhadap Yin.
Flashback…
Mereka semua bersedia untuk
berlepas. Masing-masing sugul tambahan lagi Luhan. Dia mula tak tentu hala
selepas menerima call daripada nainai.
“Yin bertahanlah. Tunggu sampai gege balik. Yin~” air mata bergenang hampir jatuh ke pipi lembut Luhan. Lay perasaan akan reaksi Luhan.
“Yin bertahanlah. Tunggu sampai gege balik. Yin~” air mata bergenang hampir jatuh ke pipi lembut Luhan. Lay perasaan akan reaksi Luhan.
Tepat pukul 2:00 a.m, Exo tiba di
hospital berdekatan dengan bandar Lavyna. Luhan terutamanya mendapatkan
pasangan Xi diikuti yang lain.
“Yin? Macam mana dengan Yin? Nainai?” persoalan Luhan dijawab dengan kebisuaan beserta air mata.
“Yin? Macam mana dengan Yin? Nainai?” persoalan Luhan dijawab dengan kebisuaan beserta air mata.
“Luhan~ Yeye nak bincang sesuatu
dengan kamu.” yeye merangkul bahu Luhan.
Mereka yang berdiri seperti patung mengelilingi nainai. Mereka memberi semangat pada nainai.
Mereka yang berdiri seperti patung mengelilingi nainai. Mereka memberi semangat pada nainai.
Nampak tekun sekali yeye menjelaskan
pada Luhan. Apa yang pasti, ia amat penting sekali.
“Yeye dah tanda tangan borang yang
doktor berikan tadi. Apa yang penting sekarang ni, kamu mesti kuat semangat.
Kamu saudaranya, dia amat memerlukan kamu pada saat ini.” yeye cuba menenangkan
Luhan.
Pada hari kejadian, aku seperti
berada didunia lain. Dunia yang sangat cantik, yang tak pernah lagi orang
jelajahi. Aku rasa seperti terbang mengelilingi seluruh alam. Alam yang putih
tidak semenanya bertukar menjadi gelap. Dan aku… jasad dah mencecah permukaan
lantai dengan hidung dipenuhi darah, kaku tanpa sebarang suara. Nainai dan yeye
gelisah dan panik dengan keadaanku.
“Pihak kami telah sedaya upaya
melakukan pembedahan ke atas Cik Soo Yin. Nampaknya Tuhan lebih menyayanginya.
Saya harap pihak tuan dapat bersabar.” kata-kata itu membuatkan yeye diserang
sakit jantung. Nainai begitu panik melihatnya. Pihak hospital membawa yeye
masuk ke wad.
“Luhan hyung~” D.O memandang Luhan
dengan sayunya. Mereka seperti hilang semangat bila mendengar kata-kata doktor
sebentar tadi. Luhan menekup muka sambil menangis.
“Kau kena kuat Luhan.” kata Kris sambil memeluk Luhan. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh ke lantai jua. Mereka berpelukan bersama.
“Kau kena kuat Luhan.” kata Kris sambil memeluk Luhan. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh ke lantai jua. Mereka berpelukan bersama.
“Maaf ya, siapa En. Luhan?” tanya
seorang jururawat yang pernah bertugas menjaga aku semasa aku berada di
hospital. Masing-masing terdiam sampailah Lay bersuara.
“Ini dia Luhan. Kenapa ya?” “Pesakit yang bernama Soo Yin ini ada meninggalkan surat untuk En. Luhan.” jururawat menghulurkan surat tersebut pada Lay.
“Ini dia Luhan. Kenapa ya?” “Pesakit yang bernama Soo Yin ini ada meninggalkan surat untuk En. Luhan.” jururawat menghulurkan surat tersebut pada Lay.
Maafkan
Yin, Luhan gege…
Yin tak bermaksud untuk sembunyikan
perkara sebenar tapi Yin tak mahu Luhan ge sedih dengan keadaan Yin. Yin
serahkan yeye dan nainai pada Luhan ge. Harap Yin dapat jumpa dengan baba dan
mama di sana. ^_^
Luhan ge mesti janji dengan Yin yang
gege kena jaga diri selepas Yin tiada. Yin tahu Luhan ge akan bosan bila balik
rumah nanti. Gurau saja. xP
Apa yang Yin ingin sampaikan, Luhan ge kena kuat dan teruskan hidup dengan mengejar cita-cita gege untuk jadi penyanyi terkenal.
Apa yang Yin ingin sampaikan, Luhan ge kena kuat dan teruskan hidup dengan mengejar cita-cita gege untuk jadi penyanyi terkenal.
Lagi satu Yin lupa nak bagitau yang
sebenarnya Xing gege la yang banyak membantu Yin masa ketiadaan Luhan ge dulu.
Dia ialah cinta pertama Yin. Yin sayangkan dia sepanjang hidup Yin.
Apa yang penting Luhan gege adalah
gege yang terbaik bagi Yin, Yin bangga sebab mempunyai keluarga yang bahagia.
Sampaikan salam terakhir Yin buat semua.
Yeye, nainai, Luhan ge, Xing ge dan
semuanya. Yin sangat sayang kamu semua. -Wo ai ni- YYY
Sebaik sahaja Luhan habis membaca surat
tersebut, doktor memberitahu yang jantung yeye sudah berhenti berdegup. Nainai
dan Luhan seperti dipanah petir bila mendapat tahu. Hanya Tuhan yang tahu
bagaimana keadaan pada waktu itu. Mereka semua juga turut terkejut dan
bersimpati.
Selepas
pemergian aku dan yeye, Luhan kembali ke Seoul bersama nainai. Dan selang
beberapa bulan selepas itu, nainai menyusul pergi meninggalkan Luhan. Kini,
Luhan hanya tinggal bersama kenangan yang dibawa tak kira masa sentiasa
tersemat dihatinya.
“Luhan
akan selalu mengingati kamu semua, keluargaku yang tercinta. Soo Yin~~”
Lebih
kurang 8 tahun Exo memulakan karier mereka sebagai artis. Mereka menjadi artis
pilihan no 1di Korea. Mereka sentiasa bersama walaupun susah atau pun senang,
segala laluan yang berliku pasti ditempuhi. Itu kerana mereka selalu membawa
‘semangat’ yang pernah diberi olehku yang sentiasa berada di hati mereka.
“Luhan
hyung, hari ni hari jadi kau lah.” kata Chanyeol sambil memeluk bahu Luhan. Kai
dan Sehun turut menjerit sambil menari-nari didepan Luhan. “Hari jadi Luhan ge?
Wow!” Xang Fei dan Ahn Xing turut gembira.
“Apa
kata kita sambut meriah nak tak? Biar D.O yang masak. Bolehkan D.O?” kata Suho
sambil menyinggung pinggang D.O. “Boleh je, korang cakap apa yang korang nak
makan. Especially Luhan hyung.”
Mereka semua bersorak keriangan.
Mereka semua bersorak keriangan.
Maka
berakhirlah kisahku bersama Exo gege, semoga ia dapat menjadi kenangan manis
bagiku di sana. For all my love person especially Luhan and Lay, I love you
forever and after. -Xi Soo Yin-
-The End-
Wednesday, 10 July 2013
LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 12
Chapter 12
Flashback…
“Hmm… Apa yang patut aku bagi kat
semua gege tu ek?” fikirku sambil baring melihat ke arah siling putih. “Ahah,
idea sudah mari.” aku tersengih lalu bangun dan mencapai jaket berwarna biru.
Pada malam itu, sepatutnya mereka
berehat tapi terpaksa ditahan kerana sampul surat misteri itu.
Lulu
gege yang disayangi ^3^,
Mungkin masa gege jumpa sampul ini, Yin
sudah pun pulang bersama nainai dan yeye. Yin tau gege mesti sedih sebab tak
dapat temankan Yin pulang tapi Yin tak kisah sebab Yin tau gege mesti kerja.
Yang sebenarnya sebelum Yin pulang,
Yin ada tempah sebuah loket untuk setiap seorang. Yin harap gege semua dapat
terimanya. (◡‿◡✿)
Tangan diseluk ke dalam sampul dan
ditarik semula bersama beberapa loket yang pada setiap satunya ada terukir nama
masing-masing.
“Loket?” sentak Chen. “Sangat cantik.” tambah Chen lagi.
“Loket?” sentak Chen. “Sangat cantik.” tambah Chen lagi.
P/S : Ini untuk
semua orang, harap Lulu gege dapat beritahu.
Yin nak minta maaf pada semua gege
kalau selama ini Yin banyak menyusahkan dan selalu buat kacau dalam rumah. Maafkan
Yin…~~~
Tanpa
sedar Luhan telah menitikkan air mata di atas surat tersebut. Rasa seperti
tidak sanggup lagi untuk membaca. Lay yang perasan akan gelagat Luhan lalu
dipegang erat tangan Luhan. Mereka yang pada mulanya sudah mengambil loket
bernama, suasana suram telah menyelubungi malam tersebut. Surat disambung baca.
Nama Suho terlebih dahulu terkeluar daripada mulut Luhan.
Suho
gege : Teruskan dengan usaha kuat gege untuk membentuk kumpulan ini. Lagi satu,
gege seorang yang tampan dan sangat baik. Y
Suho agak tersentak dengan pujian
tersebut tapi dia masih rasa pilu dan terharu kerana belum pernah ada seorang
wanita melainkan ibu dan saudaranya yang memberi pujian sebegitu. Mereka yang
lain masih pegun mendengar yang seterusnya.
Baekhyun
gege : Yin suka dengan muka gege, gege sangat cantik tapi masih handsome. Satu
yang Yin suka pada gege, gege sangat tulus dan baik hati. Terima kasih sebab
bagi semangat. Y
Airmata Baekhyun mengalir bagaikan
sungai yang jernih. “Yin, terima kasih sebab percayakan oppa.” bisik hati
Baekhyun yang pilu.
Chanyeol
gege : Kebaikan gege pasti terbalas satu hari nanti. Gege jangan terlalu
ghairah dengan hidup tapi laluinya dengan bahagia. Y
Kyungsoo
gege : Yin minta maaf pasal pinggan gege tu. Yin tak berniat. Tapi Yin tau gege
seorang yang mudah terima segalanya. Lagi satu, Yin suka sangat masakan gege. Y
D.O hanya termenung sambil
mendengar. Dalam hati siapa yang tahu. Bibir tersenyum hati menangis. Chanyeol
menepuk perlahan belakang D.O.
Kai
gege : Terima kasih sebab selalu luangkan masa dengan Yin dan terima kasih juga
sebab banyak ajar Yin menari. Yin gembira sangat. Y
“Yin nak tau, oppa sangat
sayangkan Yin.” rintih hati Kai sambil menahan mutiara jernih jatuh ke lantai.
Sehun
gege : Yin berasa senang bila dengan gege. Gege selalu juga ambil berat tentang
Yin. Mungkin kalau ada masa kita boleh minum bubble tea sambil makan mochi
lagi. Y
Bacaan
Luhan terhenti lagi. Airmata yang keluar tanpa disekat membuatkan masing-masing
hambar dan tak rela untuk mendengarnya lagi. Luhan menghulurkan surat pada Lay.
Surat dilanjutkan bacaannya.
Kris
gege : Gege yang tampan, jangan terlalu serious okay. Garang sangat nanti. Maaf
kalau selalu menyusahkan gege. Y
Xiumin
gege : Gege yang comel, maaf kalau selalu buat gege letih dengan karenah Yin.
Yin harap gege dapat beri tunjuk ajar. Y
Walaupun
nadanya hanya sekadar gurauan tetapi ia amat bermakna bagi Kris.
“Yin tak pernah susahkan gege pun.” serak kata-kata Xiumin. Mereka yang memandang hanya mampu menahan kesedihan.
“Yin tak pernah susahkan gege pun.” serak kata-kata Xiumin. Mereka yang memandang hanya mampu menahan kesedihan.
Chen
gege : Walaupun gege ni pendiam tapi Yin tau yang gege sangat baik dan sentiasa
hormat pada orang lain. Terima kasih sebab tolong Yin. Y
Tao
gege : Gege!!~ Yin gembira bila gege luangkan masa dengan Yin dan terima kasih
sebab bagi patung baru kat Yin. Y
“You always be my sweetie,
Yin.” bisik hati Tao sebak. Malam yang sunyi hanya bertemankan suara tangisan
dan esakkan, surat dipegang masih diteruskan dengan membaca setiap abjad yang
tertulis.
Yin sangat sayangkan Lulu gege dan
Xing gege macam nyawa Yin sendiri. Kalau diberi peluang, Yin nak sangat bersama
gege semua. Apa yang Yin boleh katakan Yin sayang semuanya. Xing gege, Yin
ingat semua cinta yang gege berikan pada masa dulu. Cinta gege sentiasa
dihati Yin. Y
Yang ikhlas,
Xi
Soo Yin. Y
Tao, Kris, Suho, Sehun, D.O,
Baekhyun, Chanyeol, Kai, Xiumin dan Chen beredar meninggalkan dua sahabat lagi
seketika.
“Luhan gege..~ Sudahlah, kita
patut rehat.” pujuk Lay yang sedih melihat keadaan Luhan. Sangat kasihan..~
(T_T)
Luhan bangun dengan lemah sambil
berpaut pada Lay.
Pagi yang indah, dihiasi kicauan
burung, ditiupi udara segar serta diwarnai sinaran matahari yang cantik. D.O
dan Baekhyun sibuk menyediakan sarapan. Lalu turunlah Suho bersama Sehun.
“Annyeong yeoreobun!” ucap Suho pada
D.O dan Baekhyun. Sehun hanya melambai.
“Annyeong hyung, annyeong Sehun.!” jawab mereka serentak.
“Mana yang lain?” tanya Suho.
“Mungkin kejap lagi turunlah mereka tu.” jawab Baekhyun.
“Annyeong hyung, annyeong Sehun.!” jawab mereka serentak.
“Mana yang lain?” tanya Suho.
“Mungkin kejap lagi turunlah mereka tu.” jawab Baekhyun.
Beberapa minit kemudian, muncullah
muka Kai dan Chanyeol bersama. Diikuti Kris, Tao dan Lay. Mereka mengambil
tempat masing-masing sambil menunggu sarapan.
“Ni hao~ Luhan zai zheli.” Luhan
menyambut panggilan.
“Ni nainai. Yin..~ Yin..~ Dia masuk hospital lepas dia pengsan tadi.”
“Shenma?” Luhan kaku sebentar. Kebetulan Xiumin masuk ke bilik untuk mengambil gel rambut.
“Baliklah Luhan.” pinta nainai seakan perlahan suaranya.

Di ruang makan masih lagi bising
membincangkan hal semasa. Suho teringat akan perjanjiannya bersama manager Woo
Jin.
“Sebenarnya saya ada sesuatu yang nak diperkatakan.” Suho bersuara. Mereka terpegun dan mula berdiam.
“Semalam saya dah berbincang dengan manager, kalau ikutkan kita sedang bercuti sekarang ni. Jadi saya telah meminta pada manager supaya kita dapat pergi ke China esok.” jelas Suho.
“Untuk?” Kris menaikkan sedikit keningnya.

Belum sempat Suho menyambung, mereka
dikejutkan dengan kelibat Chen seperti hilang nyawa dibuatnya.
“Yin dimasukkan ke hospital. Dan dia… dan dia… dan dia…” Chen tak dapat habiskan katanya.
“Yin dimasukkan ke hospital. Dan dia… dan dia… dan dia…” Chen tak dapat habiskan katanya.
Semuanya bersiap mengemaskan barang
yang pada asalnya mereka ingin bertolak esok tapi mereka meminta pada manager
supaya dapat pergi ke China pada hari ini.
Bersambung... xB
Wednesday, 3 July 2013
LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 11
Chapter 11
9:00 p.m, Xi Bungalow, Lavyna Town
Kesunyian rumah tetap seperti biasa
tanpa sebarang riuh kanak-kanak yang bermain. Perasaan nainai sangat sayu
ketika teringatkan cucu-cucunya yang berada di perantauan.
Kring…!! Kring…!! Telefon berdering seperti minta tolong supaya diangkat. Nainai segera mencapai telefon sementara yeye duduk disofa , membaca surat khabar sambil ditemani bau teh cina yang enak.
Kring…!! Kring…!! Telefon berdering seperti minta tolong supaya diangkat. Nainai segera mencapai telefon sementara yeye duduk disofa , membaca surat khabar sambil ditemani bau teh cina yang enak.
“Ni hao nainai, ini Yin.” ucapku
serak.
“Yin..! Cucu nainai ni sihat ke?” tanya nainai. Kedengaran seperti suaranya berubah menjadi sayu.
“Boleh nainai dengan yeye datang jemput Yin tak? Sekarang Lulu gege sibuk dengan persembahan. Yin takut benda lama jadi kat Yin lagi.” pintaku panjang lebar.
“Macam mana dengan penga..” belum sempat nainai teruskan perbualan, yeye memberi isyarat supaya nainai tidak menyoalku lagi.
“Baiklah, nanti nainai jemput kamu.” pujuk nainai. Aku tersenyum dengan jawapan nainai.

Exo’s Home
“Malam ni Lulu gege tak balik sebab
diaorang kena pergi Daejeon untuk tour kedua.” kataku sendirian sambil mencari
sesuatu untuk dialas perut. Selepas mengisi perut, aku terus naik ke bilik.
“Malasnya nak kemas. Esok je la.” keluh aku sambil menghempaskan badan ke katil.
“Malasnya nak kemas. Esok je la.” keluh aku sambil menghempaskan badan ke katil.
Flashback…
“Apa Lulu gege tak dapat balik.
Nampaknya Yin sorang la kat rumah.” rungutku.
“Sorry sangat. Gege memang tak dapat balik tapi Yin baik-baik aje kan?” tanya Luhan agak bersalah sedikit.
“Sorry sangat. Gege memang tak dapat balik tapi Yin baik-baik aje kan?” tanya Luhan agak bersalah sedikit.
Apa nak buat kalau memang aku kena
survive sendiri la nampaknya. Malam berlalu makin larut, mataku seperti ada
ragum yang mengepit. Aishh, mengantuk aku dibuatnya. o.o zZZZz…
“Eh, aku terlupa nak buat sesuatu. Apa ek?” fikirku sambil melihat sekeliling bilik.
“Ahh, itu dia. Buku kelip-kelip dengan pen berhiaskan manik cantik kesayanganku.” kataku beria sambil mencapai buku tersebut.

Flora Hotel, Daejeon
“Hyung, macam mana dengan Yin?”
tanya Baekhyun sambil duduk bersebelahan dengan Luhan.
“Rasanya dia okay. Aku risaukan dia. Dah la tak dapat jumpa dengan dia hari ni.” keluh Luhan. Baekhyun mengusap perlahan belakang Luhan.
“Rasanya dia okay. Aku risaukan dia. Dah la tak dapat jumpa dengan dia hari ni.” keluh Luhan. Baekhyun mengusap perlahan belakang Luhan.
Mereka semua berehat sementara
sebelum mulakan latihan untuk esok pada pukul 1:00 a.m nanti. Muka
masing-masing kalau masuk reality show boleh dikatakan macam pelawak GAG.
Kepenatan…~~ --‘
“Hey, bangun semua...!!! Kena buat
latihan sekarang ni.” kejut Woo Jin sambil menarik tangan Kai dan Sehun. Kris,
Suho dan D.O telah bersiap memakai sweater. Chen, Xiumin dan Baekhyun baru nak
gosok gigi. Luhan, Tao dan Lay dah siap pakai kasut. Chanyeol pula sedap
menarik selimut. haha >o<.. Macam ni lah karenah budak Exo bila dikejut
untuk buat latihan.
Luhan 011-XXXXXXXXX
Morning..!! v^o^
Ari ni ge ada prsmbahan kt Daejeon..
Yin jaga diri ye.. >3<
Morning..!! v^o^
Ari ni ge ada prsmbahan kt Daejeon..
Yin jaga diri ye.. >3<
Mesej dihantar seawal pagi, sebelum Luhan bersiap.
Mereka semua bergegas menyiapkan diri dan turun bersarapan di lobby dekat
restoran yang berada di tingkat bawah hotel. Pling..!~
Soo Yin 011-XXXXXXXXX
Lulu gege.. <3
Maaf klo Yin tak bgtau ge hal ni smlm.
nnt yeye dan nainai dtg jemput, Yin akn blik ke China.
Mngkin ari ni juga..
Lulu gege.. <3
Maaf klo Yin tak bgtau ge hal ni smlm.
nnt yeye dan nainai dtg jemput, Yin akn blik ke China.
Mngkin ari ni juga..
Luhan seperti tersentap apabila
terbaca mesej yang dibalas olehku. Luhan membalas kembali, ditaipnya dengan
cepat dan… Send..~~
Luhan 011-XXXXXXXXX
Betul ke Yin nk blik?
Tak nak tunggu gege blik dlu ke?
Betul ke Yin nk blik?
Tak nak tunggu gege blik dlu ke?
Aku seperti tersepit ketika. Macam mana ni eh?
Luhan gege, maafkan Yin…~~!!
Soo Yin 011-XXXXXXXXX
Yup.. ^.^
Xpe la, nnt kita jmpe kat umah..
Ge, mesti blik ke China nnt okay?
Yup.. ^.^
Xpe la, nnt kita jmpe kat umah..
Ge, mesti blik ke China nnt okay?
Hanya membaca dan tidak memberikan balasan. Luhan
berfikir sejenak sehinggalah Kris memanggil sambil memandang ke arahnya.
“Luhan..!” panggilan Kris tidak diendahkan sebaliknya Luhan masih menatap skrin telefonnya. Belakang Luhan ditepuk. Terkejut! Luhan tersentak.
“Eh, dah mula ke?” Luhan terpinga sebentar.
“Jauh termenung. Sampai mana dah?” perli Kris.

Senyuman tawar Luhan menimbulkan
tanda tanya pada Kris. Mula persembahan hinggalah tamat, Luhan masih membisu.
Hanya senyuman palsu diberi sementara waktu. Persembahan di Daejeon telah
tamat, mereka pula beralih arah ke Incheon. Selepas Incheon, destinasi
seterusnya Busan dan akhir sekali Seoul.
“Semua mesti rehat dengan
secukupnya. Esok kita akan ke Incheon.” kata-kata manager masih hinggap di
telinga Luhan.
“Luhan hyung!~ Macam mana dengan Yin? Dia dah keluar daripada hospitalkan?” pertanyaan Suho hanya dibalas dengan anggukkan dan senyuman.
“Luhan hyung!~ Macam mana dengan Yin? Dia dah keluar daripada hospitalkan?” pertanyaan Suho hanya dibalas dengan anggukkan dan senyuman.
Kekusaman yang menghimpit Luhan
membuatkan dia berjalan diiringi aura hitam yang menyelubungi segenap tubuhnya.
“Mampukah adikku bertahan?~~” T.T
Xi Bungalow, Lavyna Town
Lepas siap bersarapan, aku menolong
nainai menyiram pokok-pokok bunga diluar. Yeye duduk rehat sambil membaca surat
khabar manakala nainai pula memberi makanan pada ikan. Hari yang cerah
membuatkan suasana di sini sangat menyamankan.
“Tengah hari nanti Yin tolong nainai
masak ye.” pinta nainai sambil mendekatiku.
“Baiklah.” jawabku ringkas sambil menyiram lagi pokok bunga dilaman yang indah ini.
“Baiklah.” jawabku ringkas sambil menyiram lagi pokok bunga dilaman yang indah ini.
3:00 p.m, Seoul Town
Persembahan Exo ditamatkan dengan
lagu ‘Angel’. Walaupun agak sayu untuk meninggalkan peminat tapi bagi mereka
inilah memori yang dapat dihargai bagi seorang artis.
“Akhirnya..~ Penat woah..” keluh
Baekhyun.
“Hmm.. Lepas ni boleh la rehat sikit.” kata Lay sambil mengurut pinggangnya.
“Hmm.. Lepas ni boleh la rehat sikit.” kata Lay sambil mengurut pinggangnya.
Masing-masing nampak kelihatan.
Mereka mula mengemas barangan mereka lalu dibawa ke van. Mereka tak sabar nak
tidur dikatil yang empuk lagi menenangkan. Maklumlah sudah beberapa hari tidur
tak cukup.
“Lulu hyung! Yin takde call ke?” tanya Sehun sambil memeluk
bahu Luhan.
“Takde pun, cuma dia ada bagi mesej je lah.” jelas Luhan seakan nak tak nak.
“Kami rindulah dengan dia.” rungut Kai. Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan pendapat Kai.
“Takde pun, cuma dia ada bagi mesej je lah.” jelas Luhan seakan nak tak nak.
“Kami rindulah dengan dia.” rungut Kai. Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan pendapat Kai.
“Tunggulah sampai Yin dah cukup
sihat, pasti dia akan datang.” pujuk Lay sambil tersenyum hingga menampakkan
lesung pipitnya yang manis.
Mereka hanya mengeluh. Enjin van yang tersedia panas mula menyusur ke jalan raya. Woo Jin menerangkan mungkin mereka cuma ada seminggu untuk berehat. Lepas itu, Exo akan mula sibuk kembali dengan sesi photoshoot bagi beberapa majalah dan beberapa fans meeting.

“Yeahhh!!!~ Itu dia rumah kesayangan
kita. (/゚Д゚)/” kata Chanyeol sambil melompat
keluar daripada van. Ada yang berlari membawa bagasi ke depan pintu. Tak sabar
betul.. =.=’
“Cepatlah Suho hyung!” bentak D.O seperti kanak-kanak.
“Cepatlah Suho hyung!” bentak D.O seperti kanak-kanak.
“Wahhh!!! Apa khabar tilam? Seronok
tak aku dah pulang ni?” Ծ_Ծ
“Apa kes Xiumin gege ni? Dah mabuk ke cakap dengan katil?” Chen pelik tengok reaksi Xiumin yang dari tadi asyik cium tilam dan bantalnya.
“Apa kes Xiumin gege ni? Dah mabuk ke cakap dengan katil?” Chen pelik tengok reaksi Xiumin yang dari tadi asyik cium tilam dan bantalnya.
“Tao,
aku mandi dulu.” jerit Kris.
“Yela ge.” ringkas jawabnya.
“Yela ge.” ringkas jawabnya.
“Eh,
Lulu ge. Tengok ni macam ada satu sampul surat yang besar kat atas meja ni.”
kata Lay sambil membelek sampul surat tersebut.
“Soo Yin?” terkejut Luhan.
“Daripada Soo Yin?” bingung Lay sambil memandang muka Luhan.
“Soo Yin?” terkejut Luhan.
“Daripada Soo Yin?” bingung Lay sambil memandang muka Luhan.
Bersambung xB
Monday, 1 July 2013
LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 10
Chapter 10
1:00 p.m, F-34/1: Xi Soo Yin Room’s
Semua orang sudah tiba dibilik yang
menempatkanku beberapa hari lalu. Sekarang keadaanku bertambah baik daripada
hari yang sebelumnya, tapi ingatanku tetap sama. Hanya baba, mama, yeye,
nainai, gege dan…
“Annyeong Yin..!! sapa Baekhyun
sambil memelukku. Aku hanya tersenyum melihat mereka yang sanggup melawatku
sedangkan mereka masih terikat dengan jadual yang ketat. Mereka menyapaku dan
memelukku satu persatu.
“Terima kasih sebab sudi melawat Yin kat sini.” kataku sambil bergenangan air mata. Kai duduk disebelahku sambil menghadiahkan patung bear yang besar saiznya. Aku menyambut pemberian itu.
“Terima kasih sebab sudi melawat Yin kat sini.” kataku sambil bergenangan air mata. Kai duduk disebelahku sambil menghadiahkan patung bear yang besar saiznya. Aku menyambut pemberian itu.
“Tak usah berterima kasih, apa saja
untuk Yin kami akan lakukan.” pujuk Kris sambil mengusap perlahan kepalaku.
Luhan yang memerhatikan gelagat mereka berasa tersentuh dan terharu. Lalu dia
keluar kerana tidak tahan melihatnya, perasaan gembira berbaur sedih membuatkan
dia semakin sebak. Suho yang melihat segera membuntuti Luhan keluar daripada
bilik itu.
“Luhan hyung okay ke?” sapa Suho,
sebagai ketua dia juga harus ambil tahu semuanya. Luhan hanya berdiam diri
beberapa ketika sehinggalah..
“A..Aku takut Suho, t..takut sangat. Dalam masa yang sama aku gembira.” kata Luhan dengan suara yang tidak berapa jelas kerana menahan esakan.
“Sabarlah hyung..~ Ia adalah ujian Tuhan. Semuanya takdir.” pujuk Suho sambil mengusap perlahan belakang Luhan.

Di dalam bilik itu, suasana suram
menjadi meriah ketika Baek, D.O dan Chen bergabung menyanyikan sebuah lagu khas
untukku. Diikuti pula Kris dan Chanyeol yang mula merosakkan lagu mereka dengan
rap spontan. Aku pada mulanya suka akan lagu yang disampaikan tertawa bila Kris
dan Chanyeol mula rap.
“Tao, Kai dan Sehun cuba buat lawak tapi tak menjadi dan akhirnya ‘baozi’ tak lain tak bukan Xiumin yang menjadi lawaknya dengan mimik muka yang sangat comel.
“Tao, Kai dan Sehun cuba buat lawak tapi tak menjadi dan akhirnya ‘baozi’ tak lain tak bukan Xiumin yang menjadi lawaknya dengan mimik muka yang sangat comel.
Akibat terlalu banyak ketawa, aku
pula yang tidak cukup nyawa dibuatnya dan membuatkan aku terbatuk sedikit.
“Yin awak tak apa-apa? Cukuplah, jangan paksa sangat diri tu.” tanya Lay sambil menyambutku. Aku menggenggam tangan Lay sambil memandang ke arahnya. “Jangan risaulah Xing gege, Yin okay.”
“Yin awak tak apa-apa? Cukuplah, jangan paksa sangat diri tu.” tanya Lay sambil menyambutku. Aku menggenggam tangan Lay sambil memandang ke arahnya. “Jangan risaulah Xing gege, Yin okay.”
Semua orang yang pada mulanya
terkejut dengan batukanku bertambah terkejut melihat drama pendek didepan
mereka. O.O “Apa semua ni? Xing?” pemikiran mereka.
“L..Lay gege..!!~ Kenapa dia panggil nama betul gege?” tergagap Tao.
“Owh.. Sebab dia adalah…” belum sempat Lay habiskan ayat, seorang jururawat masuk ke perkarangan bilikku.
“L..Lay gege..!!~ Kenapa dia panggil nama betul gege?” tergagap Tao.
“Owh.. Sebab dia adalah…” belum sempat Lay habiskan ayat, seorang jururawat masuk ke perkarangan bilikku.
“Maaf semua, masa melawat telah
tamat. Pesakit perlu diperiksa sekarang.” kata jururawat.
Mereka sedikit hampa tapi sebelum keluar, mereka sempat mengucup dahi dan memberi pelukan padaku.
Tinggallah Lay dan Luhan diluar sambil menunngu keadaanku diperiksa.
“Maaf Lulu gege..~~ Aku tak pernah bagitahu kau yang aku pernah menjadi boyfriend Yin dulu.”

Dining Room, Exo’s Home
“Apa hubungan Lay hyung dengan Yin?”
fikir Chanyeol sambil menjamah popcorn yang baru dimasak oleh D.O.
“Dah ramai-ramai kat sini, aku nak tanya sesuatu. Lay dengan Yin ada apa-apa ke?” Xiumin memulakan bicara dengan pertanyaan seperti bom nuklear.
Chanyeol yang sedang berfikir tersentap dengan pertanyaan Xiumin. “Aik, hyung ni macam tau je aku tengah fikirkan pasal tu.” detik hati Chanyeol.
Masing-masing terdiam. Kai pada mulanya mahu menonton TV segera bangun dan masuk ke bilik. “Mungkin Lay gege dah kenal lama dengan Yin atau pun Lay gege tu sepupu sepapat dengan Luhan. lmao xD..” teka Chen.

Mereka melupakan kebingungan
seketika dengan menonton filem ‘Scary Movie 4’. Hampir bergegar banglo tu
dibuatnya. hahahahaha :’D. Kai cuba melelapkan matanya tapi dia sedar yang dia
asyik teringatkan kejadian di hospital.
“Kalau betullah Lay hyung tu ada hubungan dengan Yin, kenapa dia tak pernah layan Yin macam orang yang dia pernah kenal?” pelbagai andaian dan persoalan yang bermain di kotak pemikirannya. Akhirnya, Kai diulit mimpi bersama tanda tanya.

Saegon Road, Seoul
Lay menyentuh skrin Samsung Galaxy
III dan menyentuh bahagian Photo Gallery.
Beberapa gambar yang tertera di skrin itu segera digerakkan satu persatu.
Akhirnya… *o*
“Lulu gege..!~ Ini la gambar yang kami pernah ambil bersama. Masa tu aku temankan dia pergi beli barang keperluan sekolah.” jelas Lay sambil menghulurkan handphonenya itu.
“Rupanya kau ni dah lama la kenal dengan Yin? Tapi kenapa kau buat tak tau je masa Yin datang sini.” tanya Luhan tanpa henti.
“Sebab aku tak nak dia terkejut.” nyata Lay sambil menghelakan nafas kecil.

Perjalanan yang mengambil masa lebih
kurang 45 minit untuk sampai di kediaman Exo membuatkan Lay dan Luhan lena di
dalam bas. Esok aku bakal keluar daripada bilik yang seperti kurungan orang
gila. Doktor hanya memesan supaya aku berehat dengan banyak dan jangan terlalu
stress.
“Seronok juga bila semuanya datang tadi.” kataku sendirian sambil mengumtumkan senyuman. Aku mengemaskan beberapa barangan keperluan sementara menunggu masa untuk diperiksa sekali lagi.
“Seronok juga bila semuanya datang tadi.” kataku sendirian sambil mengumtumkan senyuman. Aku mengemaskan beberapa barangan keperluan sementara menunggu masa untuk diperiksa sekali lagi.
“Masa untuk makan cik.” kata
jururawat yang mukanya hampir serupa dengan Tiffany-ssi dari SNSD. “Okay..!~”
jawabku ringkas.
“Lepas makan jangan lupa ubatnya nanti. Saya tinggalkan cik di sini, kalau perlu bantuan sila tekan butang merah tu.” ujar jururawat tersebut sambil meninggalkan senyuman kepadaku sebelum beredar.
“Xie xie…! >3<” jeritku sambil menyuap beberapa sayur ke dalam mulutku.

Aku sangat leka bersama santapan
yang diberi sehinggakan aku teringat makanan yang dimasak oleh mama.
“Mama..!!~~ Yin rindukan mama dan baba.” air mataku mengalir tanpa henti.
Aku berusaha melupakan kemalangan
tersebut tetapi ia selalu bermain di minda. Hinggalah datangnya seseorang yang
menjadi penemanku semasa aku kesedihan, dialah... Y.Y
Paradise Hotel, Gwangju
Hari ini pengembaraan Exo secara
besar-besaran telah bermula. Mereka yang baru mula debut perlu membuat promosi
ke beberapa kawasan di Korea. Sasaran pertama mereka adalah Gwangju. Oleh
kerana ini kali pertama, mereka ditemani oleh sunbae SuJu (Super Junior) dan
sunbae TVXQ (Yunho & Changmin).
“Luhan dengar khabar adik kamu keluar dari hospital hari ni kan?” manager menyapa Luhan sebelum persembahan mereka bermula.
“Haah, hari ni dia keluar.” jawab Luhan sambil touch-up.
“Habis adik kamu balik sendiri?” tanya Woo Jin lagi.
“Saya tak tahu nak buat macam mana.” buntu Luhan.

Ahli Exo mula naik ke pentas seraya
memeriahkan suasana dengan pembukaan lagu MAMA. Para penonton sungguh asyik
dengan kehebatan dan ketampanan mereka. Hinggakan ada yang melalak seperti
orang gila dan ada juga yang menangis seperti hilang anak dan ada juga yang
turut nyanyi bersama.
Lobby, Seoul City Hospital
“Cik Soo Yin?” tanya seorang pemuda
sambil berdiri tepat di depanku. Aku mengangguk tanda ya pada pemuda itu.
“Owh, saya diberitahu untuk menjemput cik dan menghantar cik ke rumah.” jelas pemuda tersebut.
“Maaf ya, apa Luhan gege tak dapat jemput ke?” tanyaku perlahan.
“Sekarang mereka lagi di Gwangju untuk promotion.” jelas pemuda itu lagi sambil mengangkat bagasiku ke dalam kereta.

Skrin telefon disentuh, papan
kekunci ditekan. Pling..! Buka..~~ Tertera gambar Luhan, baba dan mama sebagai
wallpaper handphone Samsung Corby. Aku segera mesej Luhan agar dia tidak risau.
Soo Yin 011-XXXXXXXXX
Lulu gege.. <3
Ada org dah jemput Yin kat hospital td..
Ge, chaiyok..! >3<
Lulu gege.. <3
Ada org dah jemput Yin kat hospital td..
Ge, chaiyok..! >3<
Kebetulan Exo sekarang masih berehat sementara
TVXQ membuat persembahan dengan lagu Why(Keep Your Head Down). Luhan
mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
“Eh, ada mesej rupanya.” Luhan memeriksa mesej tersebut.
“Syukurlah.” lega Luhan.
“Eh, ada mesej rupanya.” Luhan memeriksa mesej tersebut.
“Syukurlah.” lega Luhan.
Persembahan mereka dilanjutkan lagi
sehinggalah petang. Selepas bandar Gwangju, mereka akan berangkat ke Daejeon.
Kalau mengikut jadual, lebih kurang dua tempat dalam satu hari. Semua sekali
ada enam yang perlu dihadiri.
“Lay, kau rasa aku patut minta yeye
dan nainai ambil Soo Yin balik tak?” tanya Luhan sambil menyendeng dibahu Lay.
“Kalau itu keputusan yang terbaik, gege harus hantar sementara kita busy sekarang ni.” jawab Lay.
“Kalau itu keputusan yang terbaik, gege harus hantar sementara kita busy sekarang ni.” jawab Lay.
Bersambung... xB
Monday, 17 June 2013
LuvelyEyka a.k.a Bunny Say Tea Time 9
Chapter 9
Myeondong Shopping Complex
Debut Exo masih berjalan dengan
lancar. Sentiasa ada panggilan untuk persembahan, sesi foto dan autograph juga
ada. Jadual makin ketat dan latihan dilakukan setiap masa. Mereka semakin
jarang ke hospital apatah lagi Luhan. Mereka hanya bergantung dengan Woo
Jin-ssi untuk menjenguk aku di hospital.
“Dah hampir 5 hari Yin tak sedarkan
diri.” rungut Baekhyun.
“Jangan cakap pasal Yin waktu sekarang ni. Fokus pada persembahan.” Kris memberi amaran. Dia tidak mahu semua menjadi lemah kerana keadaan Yin. “Yahh..~ Aku juga sedih sekarang ni..!!~ jerit hati Kris. Mereka mengakhiri persembahan di Myeondong dengan lagu yang cukup popular, MAMA.

Masing-masing sudah keletihan. Mujur
esok adalah hari minggu dan kebetulan tiada jadual untuk esoknya. Mereka
bercadang untuk menjengukku pada keesokkan harinya. Luhan mengemas beg dan
bergegas memakai kasut.
“Eh, Lulu hyung nak ke mana?” tanya Kai selepas melihat Luhan yang sedang memakai kasut.
“Temankan Yin.” ringkas jawapan Luhan.
“Esok sajalah. Hyung pun perlu berehat juga.” ujar Kai sambil tersenyum.
“Eh, Lulu hyung nak ke mana?” tanya Kai selepas melihat Luhan yang sedang memakai kasut.
“Temankan Yin.” ringkas jawapan Luhan.
“Esok sajalah. Hyung pun perlu berehat juga.” ujar Kai sambil tersenyum.
F-34/1: Xi Soo Yin Room’s
Luhan tiba dibilikku dengan pakaian
ganti beserta buah-buahan. Aku juga masih kaku seperti patung di atas katil
tersebut.
“Yin..~ Gege nak sangat dengar suara awak tu. Sedarlah..~~” harap Luhan sambil dia menyikat rapi rambutku setelah badanku dilap sebentar tadi.
Setelah penat menguruskan aku, akhirnya Luhan terlelap di kerusi sambil menggenggam tanganku erat.

“Lulu gege..!!~ Lulu gege..!!~ Yin
rasa bahagia sangat sebab dapat gege macam Luhan gege ni dan Yin rasa bahagia
sebab dapat keluarga yang tak pernah putus bagi kasih sayang pada Yin. Yin
sayang semuanya.. Terima kasih..~~”
“Soo Yin, jangan pergi…!!~”
“Soo Yin, jangan pergi…!!~”
“Luhan gege..!! Hey..!” sapa Lay
sambil menepuk bahu Luhan.
“Hahh..!! Owh Lay, aku bermimpi rupanya tadi.” keluh Luhan sambil menarik nafas panjang. Berpeluh-peluh Luhan apabila terjaga dari tidurnya tadi.
“Itu mimpi saja la. Aku rasa gege patut rehat dan pergi bersarapan. Biarlah aku yang lihatkan Yin sekarang ni.” kata Lay yang bersimpati dengan Luhan. Luhan semakin tidak terurus sejak aku jatuh sakit.

Setelah Luhan beredar untuk
mengambil angin diluar, Lay pula mengambil alih menjagaku. Lay memerhatikan aku
sambil berdoa.
“Awak harus kuat Yin, lawan semuanya. Awak tak perlu takut sebab awak ada Luhan gege, awak ada saya dan awak ada kami. Awak ingat lagi tak masa kita bertemu dulu, awak kata awak sukakan saya. Awak nak tahu satu perkara, selama ni saya tak pernah lupakan awak dan saya sentiasa cintakan awak hingga kini. Saya harap kita boleh jadi seperti dulu lagi.” kata Lay sambil menahan tangisnya. Dia terus mengangkat sedikit tubuhku dan terus memelukku lalu mengucup dahiku dengan perlahan.

Kehangatan yang dirasai membuatkan
aku tersedar lalu aku teringat akan seseorang yang pernah aku kenali. Hanya
satu ayat yang terpacul daripada mulutku…
“Xing gege..~” Lay terkejut apabila
mendengar suaraku memanggilnya. Dia segera melepaskan pelukannya.
“Yin..!! Awak dah sedar dan awak ingat nama saya?” Lay tidak menyangka kalau namanya dipanggil tadi adalah daripada mulut Yin sendiri. “Awak bertahan ya, saya panggil Luhan gege.” tambah Lay lagi sambil mengeluarkan Samsung Galaxy III.

Setelah Luhan mendapat berita, dia
terus berlari menuju ke bilik wad. Luhan terus masuk lalu memelukku. Aku
membalas pelukan Luhan sambil menangis.
“Apa sebenar yang berlaku? Kenapa Yin ada kat hospital? Lulu gege! Xing gege!” aku seperti kebingungan sedikit. Kelihatan seperti Luhan tidak bermaya dan masing-masing matanya sembam.
“Takpelah Yin. Awak patut berehat buat masa sekarang ni. Nanti bila awak dah sihat boleh la kita keluar sama-sama.” gurau Lay sambil memberikan senyuman manis padaku.

“Yin nak makan tak? Kalau Yin nak
makan gege boleh suruh Lay belikan.” ujar Luhan. Aku hanya menggelengkan
kepala, selera makanku hilang dan hanya dahagakan air masak sahaja.
“Yin nak minum air.” pintaku. Lay menuangkan air ke gelas lalu dihulurkan kepada Luhan. Aku menyambut gelas daripada tangan Luhan.
“Yin nak minum air.” pintaku. Lay menuangkan air ke gelas lalu dihulurkan kepada Luhan. Aku menyambut gelas daripada tangan Luhan.
Lay menekan kekunci pada skrin
handphonenya lalu dia menaip mesej.
Kris(Wu Fan) 011-XXXXXXXXX
Gege, skrg Yin dah sedar.
Mybe korg bleh dtg tgh ari ni.
Gege, skrg Yin dah sedar.
Mybe korg bleh dtg tgh ari ni.
Send….~~~~~
Message…~~~~~
“Kau dah bagitahu mereka?” tanya
Luhan setelah menidurkanku sebentar tadi.
“Aku dah hantar mesej kat Kris gege tadi, mungkin tengah hari ni mereka datang la.” jelas Lay sambil membetulkan sedikit rambutnya.
“Aku rasa kita patut biarkan Yin rehat dulu, jom kita pergi makan. Laparlah~~” kata Luhan sambil tersenyum comel pada Lay.
“Apa tadi Lulu gege tak pergi sarapan ke?” tanya Lay sambil memegang kedua belah pipi Luhan.
“Tak pun.” jawab Luhan ringkas.

“Habis tadi gege pergi mana?” tanya
Lay lagi. Luhan hanya tersenyum melihat gelagat Lay. Lay sememangnya berlainan
ketika di pentas, dia seorang yang sangat serius. Tapi ketika bersama ahli exo,
Lay sememangnya banyak mulut dan suka buat orang ketawa dengan gelagatnya.
“Kali ni biar aku belanja kau makan
bibimpap daging.” kata Luhan sambil memeluk bahu Lay.
“ *O* Betul ke ni Lulu gege?” tanya Lay yang seperti tidak percaya Luhan akan belanjanya. Luhan hanya mengangguk tanda setuju. Mereka segera ke cafe yang berada di tingkat bawah hospital.
“ *O* Betul ke ni Lulu gege?” tanya Lay yang seperti tidak percaya Luhan akan belanjanya. Luhan hanya mengangguk tanda setuju. Mereka segera ke cafe yang berada di tingkat bawah hospital.
D.O dan Baek segera menyiapkan
hidangan untuk dibawa ke hospital. Mereka berdua dibantu oleh Xiumin, Sehun dan
Suho. Kris, Tao dan Kai keluar daripada pagi lagi untuk mencari hadiah buatku
nanti. Chen dan Chanyeol mengemaskan beberapa pakaian dan perhiasanku.
Flashback…
Semasa bersarapan, mesej yang diberi
oleh Lay kepada Kris telah disebar pada semua orang. Masing-masing teruja
hinggakan pagi itu menjadi pagi yang paling riuh sekali.
“Aku nak masak makanan kegemaran Yin.” kata D.O dengan semangat. Semua orang melihat ke arah D.O terutama sekali Kai.
“Macam mana hyung tahu makanan kegemaran Yin sedangkan dia baru seminggu kat sini.” tanya Sehun sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Apa korang ingat dalam masa seminggu tak boleh nak investigate ke?” jawab D.O dengan angkuhnya sambil tersenyum sinis.
“Macam tu aku akan tolong D.O, ada sapa lagi nak bantu?” ujar Baek sebaik sahaja mendengar penjelasan D.O. Dimulai dengan Suho, diikuti Xiumin serta Sehun yang mengangkat tangan tanda ingin memberi bantuan.

“Aku nak keluar kejap lagi, nak cari
hadiah untuk Soo Yin.” celah Kris secara mengejut. Tao disebelahnya juga
terkejut seraya tidak percaya bila dia dengar kata-kata Kris tadi lalu dia
tersenyum pada Kris.
“Aku nak ikut Kris hyung la. Ada benda yang aku nak cari juga.” pinta Kai sambil menepuk bahu Kris.
“Macam tu aku naik atas dulu, rasanya Luhan mahukan baju untuk Yin.”ujar Chen sambil bangun dari tempat duduknya. Chanyeol mengikuti belakang Chen sambil membawa roti bakar dimulutnya. Hehe.

Hall’s, Seoul City Hospital
“Sedaplah bibimpap tadi..~ Rasa
macam nak makan lagi sekali.” gurau Lay sambil mencucuk pinggang Luhan.
“Kau ni badan je kurus tapi kuat makan juga eh. -.-“ usik Luhan. Tiba-tiba perjalanan mereka terhenti apabila Lay ternampak seseorang yang dia cukup kenali. Lay cuba mendekati susuk tubuh itu sambil menarik tangan Luhan.
“Eh, kenapa ni? Apasal tarik aku? Nak pergi mana hah?” bentak Luhan tanpa henti ketika Lay menarik tangannya sedangkan jalan ke bilik Yin adalah sebelah utara hospital.

“Baba..!!” ucap Lay.
“Eh, Xing. Kamu di sini? Kamu sakit ke?” tanya Dr. Xang sambil menggoncang bahu anaknya. Mata Dr. Xang beralih ke arah Luhan lalu Luhan menunduk hormat.
“Ni hao.. Saya Luhan kawan Lay, satu kumpulan yang sama.”
“Ni hao.. Saya Dr. Xang, baba Xing. Selamat berkenalan” sapa Dr. Xang dengan mesra.

“Owh, rupanya Soo Yin itu adik Luhan
ya. Maafkan uncle kerana tidak tahu mengenai kamu.” kata Dr. Xang setelah
mendapati Luhan adalah abangku.
“Tak mengapalah, lagi pun adik saya dah sedar sekarang. Rasa bersyukur sangat.” lega Luhan.
“Tak mengapalah, lagi pun adik saya dah sedar sekarang. Rasa bersyukur sangat.” lega Luhan.
Bersambung xB
Subscribe to:
Posts (Atom)